Sunday, July 13, 2014

UCAPAN TAKZIAH DARI PM KEPADA KELUARGA KOPERAL AB RAJAH JAMUAN

AHAD, 13 JULAI 2014

Sumber : Antarapos.
KITA sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan kedamian, harus berterima kasih di atas jasa-jasa anggota keselamatan yang bertugas dan menjaga di sempadan negara seperti di kepulauan Mabul Sabah. Insiden di Pulau Mabul ini amat dikesali. Ucapan takziah kita ucapkan kepada seluruh ahli keluarga anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap oleh pengganas yang di percayai ingin membalas dendam di atas kes pencolekan baru-baru ini. 

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota Pasukan Polis Marin (PPM), Koperal Ab Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan berusaha sedaya upaya mencari dan menyelamatkan seorang lagi anggota PPM, Konstabel Zakia Aleip. “Takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang gugur di Mabul. Kita akan lakukan sedaya upaya untuk cari dan selamatkan Konstabel Zakia Aleip,” katanya dalam akaun Twitter milik beliau, hari ini.

Moga rohnya di rahmati oleh Allah SWT dan jasanya akan di kenang sebagai seorang pahlawan negara. Dan, IBM yakin kumpulan pengganas yang bertanggung jawab di atas serangan tersebut akan dapat di berkas dan di hadapkan ke muka pengadilan. Insyallah. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...