
Portal Pro Pembangkang, MalaysiaKini melaporkan bahawa Mohd Zuhdi seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat. Bagi IBM itu satu usaha yang amat bagus demi untuk menyelamatkan negeri Selangor daripada konflik dan isu MB yang belum nampak ada tanda-tanda ianya akan reda. Tahniah kepada Mohd Zuhdi dari PAS yang mengsyorkan idea tersebut. Moga ianya berjaya, insyallah.
Tapi....bagaimana dan siapakah yang membocorkan mesej (WhatApps) tersebut. Adakah dari ahli-ahli PAS itu sendiri? Susah nak membuat tuduhan. Memanglah nak buat kebaikan bukannya senang, ada sahaja yang menentang. Wasallam ~ IBM