LAGI KESAH TRAGEDI MH17..
![](http://3.bp.blogspot.com/-qMd5qQnknhM/U8n4oXEAdNI/AAAAAAAAjJk/Sx88cYbIAd0/s1600/logo1.png)
Menurut Abbott lagi, kita semua tahu Ukraine dilanda krisis. Kita juga tahu pihak yang patut dipersalahkan berhubung krisis itu (Rusia). "Alasan Rusia bahawa ia tiada kena mengena dalam insiden ini kerana ia berlaku di ruang udara Ukraine langsung tidak boleh diterima," tambahnya. Australia kini mendesak satu resolusi penuh oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya satu siasatan penuh insiden MH17 dilancarkan. "Adalah penting untuk kita tidak membenarkan Rusia menghalang siasatan penuh dan menyeluruh ini supaya kita dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," katanya. Menurut Abbott, beliau berang dengan tragedi tersebut dan mahu pihak yang bertanggungjawab didedahkan. Sekali lagi Abbott ulangi bahawa Pesawat ini tidak jatuh kerana kemalangan. Ia ditembak jatuh. Ia tidak terhempas. Ia jatuh ditembak. Dan ia ditembak di wilayah yang dikuasai pemberontak yang disokong Rusia.
Anda semua sokong dengan pandangan PM Australia itu? IBM sokong 100%. Ianya tidak boleh dinafikan. Jadi IBM mengajak semua pembaca semua berfikir apakah negara kita sedang di sabatoj oleh beberapa pihak untuk memalukan nama Malaysia di kaca mata dunia? Jom kita fikir-fikirkan. Apapun, penjenayah yang bertanggung jawab harus di hukum. Nyawa di bayar dengan nyawa. Wasallam ~ IBM