Saturday, July 12, 2014

MUFTI SELANGOR AJAK RAKYAT MALAYSIA BOIKOT PRODUK ISRAEL HARAM JADAH DAN SOKONG PERJUANGAN PALESTIN

SABTU, 12 JULAI 2014
APA yang di laporkan oleh Antarapos akan kenyataan Mufti Selangor di bawah ini untuk memboikot kesemua produk Israel adalah satu cadagan yang amat-amat baik. Tapi, adakah ianya berkesan atau mendapat sokongan semua rakyat di negara ini? Bagi umat Islam, tiada masalah. Bagaimana dengan bangsa lain seperti kaum Cina, India dan lain-lain? Adakah mereka akan turut sertai? Bagi IBM, memang sukar namun masih boleh dilaksanakan. Sama-sama kita tunggu :

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid menggesa rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam memboikot kesemua produk keluaran Israel. Hal yang sama perlu dilakukan oleh kesemua pemilik dan pekerja syarikat yang beragama Islam agar keuntungan yang diperolehi tidak disalurkan kepada usaha ketenteraan Zionis Israel. Syarikat-syarikat yang mengaku dirinya sebagai Islam perlu menyokong perjuangan Palestin. Ia bukan semata-mata bantuan kewangan sahaja. Apa-apa yang boleh menyebabkan penyaluran keuntungan sampai ke Israel kena sekat. Semenjak ia dikeluarkan oleh media-media lain, kita kena bersangka baik. Jika benar sebagaimana yang dilaporkan di negara-negara Eropah nak boikot produk-produk Israel, maka kita juga kena berwaspada. 
 
Kita selaku umat Islam menyokong perjuangan Palestin yang tertindas. Israel dengan kekuasaan yang ada dengan sokongan AS dibelakangnya telah cuba untuk menghapuskan Palestin," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini. Sementara itu, sebuah akhbar luar negara melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melahirkan rasa kebimbangannya sekiranya kempen boikot benar-benar dilaksanakan. Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian. Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan itu.
 
Sejak Isnin lalu, lebih 100 orang terkorban dan ratusan lagi parah apabila Zionis menyerang lebih 750 kawasan di wilayah Gaza. Ia berikutan kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin yang cuba diusahakan sejak 21 tahun lalu. Beberapa negara besar dunia dilaporkan turut mengutuk dan mengecam tindakan ganas Israel ini dengan mengakui mereka menyokong proses keamanan. Bukan itu sahaja, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Jerman antaranya telah menjalankan kempen boikot terhadap produk-produk keluaran Israel selain membatalkan beberapa kunjungan ke Israel. Bagi IBM tak mati kita kalau tak makan produk dari Mcdonald. Itu satu contoh. Jadi, moh kita ramai-ramai boikot produk Israel anak gampang dan haram jadah tu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...