Friday, July 25, 2014

RISIKAN OLEH SELANGORKINI : 80% RAKYAT SELANGOR MAHU KHALID KEKAL MB. TOLAK WAN AZIZAH..CAMPAK NUAR KE SG BULOH!

JUMAAT, 25 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..

LAMAN Portal Selangorkini telah memberi isyarat kepada 'Parti Kelentung Rakyat' (PKR) bahawa rakyat Selangor masih kekal memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim@Khalid gagap selaku Menteri Besar Selangor. Menerusi undian di poll.pollcode.com, setakat malam semalam. Khalid dikatakan mendapat undian yang paling tinggi sebanyak 81 peratus (4,216). Jumlah itu sekaligus mengatasi dua pemimpin yang diletakkan sebagai pesaing Khalid iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 10% (505 undi) dan Azmin Ali sebanyak 2% (97 undi).

Manakala baki 7% (348 undi) pula memilih agar Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) dibubarkan. Khalid yang telah memimpin Kerajaan Negeri selam dua penggal dilaporkan terus mendapat sokongan rakyat berdasdarkan kecemerlangannya dalam mempertahankan Kerajaan Negeri di samping bersifat terbuka dalam mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Dengan laporan ini, menambahkan lagi duka-lara dari kem disebelah sana, iaitu kem Anwar Ibrahim yang terlalu dahagakan jawatan Menteri Besar untuk isteri beliau, Wan Azizah. Anwar terus menanggis tak berlagu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...