Sunday, July 20, 2014

KOD PENERBANGAN MAS KE AMSTERDAM KE KL DITUKAR KEPADA MH19

AHAD, 20 JULAI 2014

LAGI CERITA TRAGEDI MH17..
SISTEM Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghentikan penggunaan kod penerbangan MH17 bagi menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa tragedi itu. Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata kod penerbangan baru untuk perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah MH19. "Perubahan ini akan berlaku bermula 25 Julai 2014," kata kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyebut tiada perubahan kekerapan penerbangan antara dua destinasi tersebut dan jadual penerbangan harian antara kedua ibu negara akan berjalan seperti biasa.

MH17 dipercayai ditembak jatuh peluru berpandu di wilayah Donetz, Ukraine, kira-kira 500km dari ibu negaranya Kiev Khamis lalu. Tragedi itu mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal yang majoritinya dari Belanda. Moga dengan penukaran kod tersebut, tiada lagi musibah yang akan menimpa Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) di akan datang. Insyallah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...