![](http://1.bp.blogspot.com/-kPxjyA0izjg/U8TcOup8LcI/AAAAAAAAi-I/LcN3fcl0bX0/s1600/kebaikansukan-110718020841-phpapp01-thumbnail-4.jpg)
Juara baru Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah diundi dalam kumpulan yang paling kuat dan sengit iaitu Kumpulan C bersama-sama Kelantan, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera. Juara bertahan Pahang diundi bersama-sama Lions XII, Felda United dan JDT II dalam Kumpulan A. Kumpulan B terdiri daripada Terengganu, Sarawak, Perak dan Kedah manakala Kumpulan D pula Selangor, Sime Darby, PDRM dan T-Team. Dalam pada itu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, mereka yakin akan dapat mempertahankan kejuaraan dengan skuad yang ada kerana sebahagian besar pemain adalah mereka yang beraksi pada perlawanan akhir ketika menentang Kelantan musim lalu.
Zainal yang merupakan penolong jurulatih kepada Dollah Salleh ketika Pahang menjuarai Piala Malaysia musim lalu menambah, semua mata akan tertumpu kepada skuad Pahang kerana mereka adalah penyandang juara. Piala Malaysia tak kurang juga hebatnya. Ayuh peminat-peminat bolasepak negara, jom turun ke Stadium yang berhampiran, sokonglah pasukan anda. Majulah sukan untuk negara, moga satu hari nanti Malaysia akan melangkahkan kaki ke Piala Dunia, insyallah. Wasallam ~ IBM