Sunday, July 13, 2014

BUKAN SAHAJA KHALID, ANWAR PUN DIGESA LETAK JAWATAN. PKR SEMAKIN TERUK DAH JADI SAMBAL!

AHAD, 13 JULAI 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umum PKR tetapi juga sebagai penasihat ekonomi Selangor. Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim (gambar bawah kanan) berkata kritikan Anwar sebelum ini terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas menggambarkan kegagalan beliau sendiri. Ternyata kalau Khalid gagal bermakna dia juga gagal, kalau kalau kena letak jawatan dia pun kena letak jawatan. Kritikan Anwar terhadap kegagalan Tan Sri Khalid di Selangor itu sebenarnya menggambarkan kegagalan beliau sendiri. Pertamanya itu calon dipilih oleh beliau sendiri dan yang kedua beliau sendiri selaku penasihat ekonomi negeri Selangor apa yang dia nasihat, apa yang diberi pandangan, tegasnya kepada Antarapos. Justeru beliau sependapat dengan bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin yang mahukan Anwar Ibrahim meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti. 

Jadi, jelas kepada kita sekarang ini bahawa walaupun cita-citanya besar nak jadi PM Malaysia tetapi pengurusan parti yang sebesar itu pun tak selesai. Pemilihan peringat cabang-cabang pun penuh dengan penipuan, penuh dengan perkara yang pelik-pelik dengan berlakunya blackout, baling kerusi, pengurungan orang-orang, pengundi hantu," jelasnya. Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin sebelum ini berkata selain Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu didesak meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti. Malah beliau menegaskan Ketua Umum PKR itu dan pimpinan PKR lain perlu mengambil langkah itu kerana apa yang berlaku dalam parti jauh lebih memalukan berbanding pentadbiran negeri. Malah, beliau berkata apa yang berlaku kini adalah refleksi daripada kepimpinan dan kejayaan Anwar Ibrahim. 
Memang saya setujulah dengan apa yang dia kata itu, maknanya sekarang ini apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah refleksi daripada kepimpinan dan kejayaan Anwar Ibrahim," ujarnya. Jadi, apa yang selama ini dia tuduh SPR, BN buat itulah sebenarnya yang dibuat. Jadi, pada saya kepimpinan PKR tak ubah seperti pokok yang berderai-derai ekornya bergelumang dengan taik maknanya mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih," katanya. Kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar tergugat apabila beliau dilihat semakin hilang sokongan wakil rakyat PKR selain dikecam oleh pemimpin DAP kerana gagal menangani beberapa isu seperti masalah air dan pembinaan lebuhraya KIDEX.

Antara kelemahan Khalid yang paling ketara adalah kegagalan beliau menangani isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang berlarutan selama enam bulan. Pada masa sama, suara-suara semakin lantang dalam PAS Selangor yang bersetuju supaya Khalid berundur kerana sering membuat keputusan yang membelakangkan pendirian Pakatan Rakyat. Kerjaya politik Khalid semakin malap apabla beliau gagal mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang Kuala Selangor pada pemilihan parti itu. Beliau tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Rumusan  kepada berita di atas oleh Antarapos memang ada lojiknya. Apa yang dikatakan oleh bekas  Ketua Penerangan PKR itu memang tepat pada masanya. IBM tak nak komen-komen banyak dalam hal ini. Apa yang menarik perhatian IBM ialah kerana hari demi hari kemelut dalam PKR semakin parah. Mungkinkah itu tanda bahawa PKR akan berkubur? Bukan di minta, bukan juga satu doa, tapi ianya sudah terlalu kritikal. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...