Friday, July 18, 2014

TERKINI! MH17 : RT.COM MELAPORKAN TEMUI 120 MAYAT

JUMAAT, 18 JULAI 2014

LAGI BERITA TREGEDI MH17..
Sebuah portal berita Rusia, RT.com melaporkan sekurang-kurangnya 120 mayat telah dijumpai dari kawasan nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dipercayai terhempas. Portal tersebut yang memetik Kementerian Kecemasan Ukraine sebagai berkata, seramai 95 anggota penyelamat dan 18 kenderaan terlibat dalam operasi mencari mayat penumpang pesawat malang itu di Donetsk.

MH17 hilang dari radar sebaik memasuki ruang udara Timur Ukraine kira-kira pukul 1415 waktu tempatan pada Khamis, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777,  berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Difahamkan, insiden itu berlaku 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia. Kesemua 298 penumpang di dalam pesawat itu termasuk 43 rakyat Malaysia dikhuatiri terbunuh. SUBHANALLAH! ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...