TRAGEDI NAHAS MH17..

"Jadi itulah sebabnya kita telah membuat kesimpulan bahawa Vladimir Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini," katanya. Naib Presiden, Joe Biden telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengenai siasatan nahas dan juga dinamik politik negara pada Jumaat, menurut kenyataan berasingan White House. "Presiden Poroshenko menekankan bahawa walaupun dengan pembubaran parti pemerintah di parlimen Ukraine, kerajaan akan meneruskan kerja-kerja bagi menangani pembaharuan ekonomi yang kritikal," katanya dalam satu kenyataan. "Presiden Poroshenko juga memaklumkan Naib Presiden bahawa Rusia terus membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah, dan tentera Ukraine semakin berdepan risiko diserang secara terus dari kedudukan di sebelah sempadan Rusia," katanya.
Biden memberitahu Poroshenko bahawa Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap Rusia yang melakukan "tindakan menyebabkan ketidakstabilan dan tidak bertanggungjawab di Ukraine."
P/S ~ Jangan cakap banyaklah USA. Tunjukan bukti, jangan asyik nak menunding jari pada orang lain. Bagaimana dengan kehilangan MH370? ada sumber mengatakan bahawa dalangnya ialah CIA...sungguh licik Amerika Syarikat ni. Ibarat 'baling batu sembunyi tangan'. Ohhhh..bahaya, banyak bahaya. Sendiri fikirlah....Wasallam ~ IBM