TRAGEDI NAHAS MH17...
![](http://2.bp.blogspot.com/-2Nl8OdfC9nI/U88JILNGzOI/AAAAAAAAjRE/uMA_7pQLVss/s1600/logo1.png)
Mereka mendakwa imej lubang besar tersebut disebabkan oleh letupan dari dalam pesawat ketika ia terbang pada ketinggian 10,000 meter di udara. Penganalisis dari Institut Pengajian Antarabangsa London, Doughlas Barrie berkata, kerosakan pada pesawat tersebut jelas menunjukkan kesan 'letupan peledak berkuasa tinggi'. "Kesan itu boleh diperoleh daripada penggunaan senjata yang dilancarkan menerusi pelancar peluru berpandu seperti yang dikesan memasuki Ukraine beberapa jam sebelum nahas berlaku," katanya. Seorang lagi penganalisis, Justin Bronk dari Institut Perkhidmatan Kesatuan Diraja turut menyatakan bahawa MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara (SAM) yang dilepaskan daripada pelancar BUK.
Kesan lubang yang terdapat pada serpihan MH17 konsisten dengan kesan tembakan SAM. Bagaimanapun, sukar untuk meneliti dan mengenal pasti kesemua paten letupan berdasarkan serpihan yang kecil, ujarnya. Seorang pesara juruterbang tentera yang enggan dikenali menjelaskan bahawa kerosakan pada MH17 sama seperti kerosakan akibat diserang roket. Peluru berpandu antipesawat direka untuk meletup berhampiran pesawat, menyebabkan pembentukan serpihan panas yang banyak sekali gus memusnahkan badan pesawat.
P/S ~ Dengan bukti dan pengesahan oleh pakar ketenteraan, maka Malaysia ada ruang untuk bersiapa sedia membawa dalang yang menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan. Hanya sekarang ini, kita menunggu pengesahan apa yang terkandung didalam kota hitam yang akan di hantar ke United Kindom untuk di analisa. Syukur alhamdulillah dunia luar banyak yang bersimpati dan menyokong Malaysia untuk mendapat pembelaan. Wasallam ~ IBM