LAGI KESAH TRAGEDI MH17..
![](http://2.bp.blogspot.com/-7R84blvFVO4/U8oQtt_Yk9I/AAAAAAAAjJ8/Qj-uwFu7H0U/s1600/logo1.png)
Sumber mengatakan, pihak Malaysia Airlines (MAS) akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal sementara waris dan ahli keluarga menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. Syarikat penerbangan itu juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine, kata Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, pada sidang akhbar, Jumaat. Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan. Teruskan usaha murni itu agar ianya dapat menenangkan sedikit hati keluarga mangsa.
Jangan bersedih. anggaplah ianya sebagai satu cabaran di dalam hidup kita. Yang hidup mesti teruskan kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang sudah pergi, kita izinkan mereka pergi menghadap sang penciptanya walaupun dengan cara yang penuh tragedik. Itu kehendaknya. Kita terimalah adanya. Wasallam ~ IBM