Saturday, July 12, 2014

NAJIB NAFI AJAK KHALID GAGAP MASUK UMNO....MANA ADA!

SABTU, 12 JULAI 2014
NAKAL le diorang (pemberita/blogger) ni. Pantang je tengok dua pemimpin yang berbeza pandangan di dalam politik, tapi bila duduk semeja, ketawa dan beramah-mesra, maka mulalah tangkapan yang bukan-bukan timbul di kepala mereka. Maka, DS Najib terpaksa membetulkan keadaan dan secara berseloroh seperti kenyataan beliau di bawah :

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, adalah atas dasar hormat kedua-dua belah pihak. Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri. Tiada apalah. Saya tak pelawa dia masuk Umno, katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn semalam. Najib semalam mengakui boleh berkerjasama dengan Khalid walaupun berbeza fahaman politik. Menurut laporan media, Najib berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal.
 
Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih. Najib berkata pertemuannya bersama Khalid bukanlah satu pertemuan tertutup dan khas malah ramai lagi umat Islam yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan. Empat mata? Ribuan orang ada situ. Tidak. Ribu mata adalah, katanya. Dah tentu pemimpin-pemimpin PKR angin satu badan bila melihat gambar  (atas) Khalid dan DS Najib begitu mesra sekali. Maka, "langkah Kajang" akan diteruskan dan hati mereka meluap-luap untuk menyingkir Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor. Hancus le korang PKR. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...