BADAN bukan kerajaan (NGO) Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim minggu lalu. Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.
Difahamkan juga, penasihatnya, Anwar Brahim sedang demam panas, panik, malu dan tidak dapat menyelesaikan kemelut PKR yang semakin serius dan sedang menuju kehancuran. Kesimpulannya di sini, adakah Khalid gagap akan terus menjadi Menteri Besar dan adakah Presiden PKR Kak Wan Jijah mendengar rungutan dan komplain dari ahli-ahlinya yang mahu Rafizi bapuk di singkirkan dari parti PKR? Sama-sama kita tunggu. Yang penting kehancuran PKR akan menjadi nyata. Wasallam ~ IBM