Friday, July 25, 2014

PM MOHON MAAF KERANA JASAD MH17 MUNGKIN TIDAK DAPAT DIBAWA BALIK SEBELUM AIDILFITRI

JUMAAT, 25 JULAI 2014

TRAGEDI NAHAS MH17..
MAAFKAN saya. Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia berkemungkinan tidak dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda ke Malaysia, Harry Molenaar semalam. Dalam nahas membabitkan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban selepas ia ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab pada 17 Julai lalu. 

Namun, sesetengah pewaris mangsa nahas tersebut menyuarakan rasa puas hati di atas komitmen PM menyelesaikan masalah tersebut dan tidak berkecil hati sekiranya jenazah mangsa-mangsa MH17 tidak dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri. Mereka memahami masalah yang timbul. Bukannya  kerja mudah untuk mengenali mayat-mayat yang terkorban. Maka, sudah mesti mengambil masa untuk di kenali pasti. Luahan keluarga mangsa boleh di baca dalam Harian Metro keluaran hari ini. Wasallam dan salam Jumaat, penghulun segala hari. ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...