KEMELUT DALAM PARTI KELENTUNG RAKYAT (PKR)..
![](http://2.bp.blogspot.com/-k-irhOsTanc/U8oj8BCNVQI/AAAAAAAAjKk/xfT1DdOzJds/s1600/PKR+copy.png)
Sumber yang IBM dapat, Anwar dijangka mengemukakan keputusan PKR itu kepada mesyarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada minggu depan. Gagasan pembangkang itu dijangka memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk Khalid diganti dengan Azizah selepas Hari Raya Aidilfitri, menurut laporan itu. Tapi, bagaimana jka Tuanku tidak berkenan dengan pilihan Anwar tu? Apa akan jadi? Disebaik itu, satu laporan lain yang tidak menyebelahi Azmin. Berkemungkinan Azmin tidak dipilih menjadi Menteri Besar baru kerana beliau dipercayai tidak mampu meraih sokongan bulat DAP dan PAS, berbanding Azizah. Dan diberitakan Azmin dan Azizah tidak hadir pada mesyuarat malam tadi. Sementara itu, Pak Turut, PAS dijangka bersetuju untuk Khalid digantikan jika PKR akur kepada cadangan untuk calon PAS menjadi Timbalan Menteri Besar.
Sejak ke-semenjak ini Khalid amat tertekan untuk mempertahankan jawatan Menteri Besarnya setelah beliau gagal mengekalkan jawatan ketua cabang Kuala Selangpr pada pemilihan parti baru-baru ini. Bekas ahli korporat itu juga ketinggalan dalam saingan untuk jawatan Timbalan Presiden parti dengan Azmin dijangka menang selesa mengekalkan kerusi itu. Jadi, apa lagi jawatan yang Khalid ada dalam PKR? Dan seperti yang kita semua maklum, hubungan Khalid dan pimpinan PKR semakin memburuk apabila Azmin digugurkan daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Keputusan-keputusan Khalid bersabit isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penstrukturan semula industri air dan pembinaan lebuhraya Kidex juga semakin memburukkan hubungannya dengan pemimpin DAP dan PAS selain PKR. Itulah antara sebab-sebab mengapa PKR tidak lagi berpihak kepada Khalid dan usaha untuk menyingkir beliau sebagai Menteri Besar Selangor telah di atur dan dibuat secara besar-besaran. Hanya Duli Tuanku Selangor sahaja yang boleh menyelamatkan Khalid. Tapi, adakah kerajaan Pakatan Selangor akan akur dan menerima sekiranya Sultan berbuat demikian? Ehmmmm...tunggu dan lihat kerana PKR akan hancus! Wasallam ~ IBM