
Ini antara sebab kenapa Scolari di pecat oleh Persatuan Bolasepak Brazil setelah dimalukan oleh Jerman dengan kekalahan teruk 7-1
Jerman menggondol Piala Dunia setelah menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir, sekali gus menjadi pasukan negara Eropah pertama memenangi kejohanan itu di bumi Amerika Selatan. Scolari mencipta nama setelah menjadi jurulatih Brazil yang memenangi Piala Dunia pada tahun 2002. Pada tahun 2012 beliau juga disebalik kejayaan Brazil memenangi Piala Konfederasi. Namun nama baik beliau kini terpalit dengan kekalahan paling teruk yang dialami oleh Brazil di tangan Jerman, sekali gus gagal memenangi Piala Dunia untuk kali keenam.
Walaupun IBM bukan peminat Jerman, tahniah kepada Jerman kerana ianya adalah satu-satu pasukan dari Eropah yang memenangi Piala Dunia di bumi Amerika Selatan. Syabas Jerman. Kini nak tunggu bilalah Malaysia akan layak ke Piala Dunia? Wasallam ~ IBM