Wednesday, July 16, 2014

SULTAN SELANGOR MURKA KHALID GEREJA PERTIKAI STATUS MAIS DAN DIANGGAP BIADAP!

RABU, 16 JULAI 2014
SULTAN MANA YANG TAK BENGANG. SULTAN MANA YANG TAK MARAH. TERLALU BIADAP WAKIL RAKYAT DARI PEMBANGKANG NI. BERPOLITIK DI NEGERI ORANG, TAPI TERLALU BIADAP, SOMBONG DAN ANGKOH MENGKRITIK MAIS YANG MANA SULTAN ADALAH KETUA AGAMA NEGERI SELANGOR. LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI SULTAN. SIAPA SI KHALID@GEREJA NI? OLEH KERANA TERLALU BIADAP, IBM CADANGKAN SUPAYA HALAU SAHAJA SI BARUA NI DARI NEGERI SELANGOR. KEMURKAAN BAGINDA SULTAN TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN LAGI. BACA AL-KISAHNYA DI BAWAH INI :

SULTAN SELANGOR, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kemurkaan baginda terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendesak supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu. Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang, demikian titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang pada Selasa. Kemurkaan baginda itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais. Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen Jun lalu, Khalid dengan lantang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

Selain itu baginda turut mengingatkan Khalid supaya lebih berwaspada sebelum membuat sebarang kenyataan khususnya membabitkan peranan Mais berkaitan agama Islam. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk. Oleh itu beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan MAIS di dalam menasihati beta mengenai agama Islam," titah Sultan Sharafuddin.

Menerusi titah itu juga, Sultan Sharafuddin menegaskan Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan Mais dan Jais adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain dalam menganut agama mereka. Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan Islam sebagai modal politik. Kesucian Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara," titah baginda. Adakah Khalid gereja mendengar dan dapat mesej yang begitu jelas dari Duli Tuanku Sultan Selangor? atau Khalid akan buat pekak je.?

Rumusanya, lebih baik Khalid gereja ni letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam dan berambus dari Selangor. Itu lebih baik. Jangan sampai rakyat Selangor cari si Khalid ni kat rumah. Kan susah nanti. Fikir-fikirkan lah wahai si Khalid gereja. Wasallam ~ IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...