CERITA pasal berlakun ni, memang tidak dinafikan ianya adalah permainan yang sudah sebati buat pembangkang. Mereka akan buat apa sahaja asalkan rakyat percaya dan terperdaya dengan lakonan-lakonan dari mereka. Semalam hangat di perkatakan tentang masalah golongan geladangan yang begitu ramai terdapat di negara ini. Maka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah turun padang secara mengejut membuat lawatan dan tinjauan secara dekat terhadap golongan geladangan di ibu kota. Ini tidak di sukai oleh DAPig yang cuba memperlekehkan lawatan Perdana Menteri dan DAP menganggap itu tidak akan menyelesaikan masalah geladangan.
![](http://2.bp.blogspot.com/-mN1IKjh_Kvw/U8DgJAvAilI/AAAAAAAAiyc/tIzABEFwVTA/s1600/EP6G3176+(800x533).jpg)
Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong menyifatkan Lim sebagai seorang "pelakon" yang hebat. Pada lawatan itu, Lim tersentuh melihat golongan gelandangan makan dan mengelap air matanya - dan mengumumkan menerusi akaun Twitter miliknya yang beliau berasa "emosional" pada masa itu. Gambar Lim berpakaian batik hitam putih (gambar atas) sambil menangis diterbitkan dalam akhbar dan dikongsi orang ramai menerusi laman media sosial. Wayang sebegitu rupa oleh beliau tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan, kata Oh. Itulah lakonan terhebat dari pemimpin DAPig, juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Nak tembak orang, alih-alih diri sendiri yang tertembak diri sendiri. Begitulah dengkinya pembangkang. Apapun tahniah dan terima kasih PM. BN boleh! Wasallam ~ IBM