Monday, July 14, 2014

PANAS!! PENIPUAN DAN TAKTIK KOTOR SEMASA PEMILIHAN CABANG PKR KUALA SELANGOR DIBONGKAR!

ISNIN, 14 JULAI 2014

Pendedahan oleh seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor :

Seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor mendakwa dua orang perempuan dengan membawa pensil dan pemadam dilihat memasuki bilik pengiraan undi semasa proses pengiraan undi Cabang Kuala Selangor, baru-baru ini. Arijan Osman berkata dua perempuan itu menyelinap masuk ke bilik itu ketika tempat pengiraan undi itu terputus bekalan elektrik. Selepas dapat keputusan tidak rasmi Timbalan Presiden 'black-out' selepas itu petugas-petugas diarah keluar oleh petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Selepas diminta semua keluar mengikut pintu depan tapi ada lagi satu pintu di belakang. Kita diberitahu ada dua orang (perempuan) naik ke atas guna pintu depan memegang pensel dan pemadam dan tidak turun-turun, katanya pada sidang medianya di Sungai Buloh, pagi tadi. Arijan menegaskan JPP perlu menyiasat dakwaan itu dan bukannya terus menafikan bantahan yang dibuat berhubung keputusan pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor, baru-baru ini.

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul sebelum ini menafikan ada menerima bantahan bersabit keputusan pemilihan di Cabang berkenaan. Walhal Setiausaha Politik kepada bekas penyandang jawatan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sudah membuat bantahan kepada JPP. Mengulas perkembangan itu, Arijan berkata beliau dan penyokong Khalid tidak akan teragak-agak untuk membawa isu itu ke pengetahuan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Masalah JPP tidak ambil bantahan kita, Johari kata tidak terima bantahan lagi tapi kami sudah berikan awal lagi. Daripada 21 Jun sehingga kini, bila kita kumpul semua tindakan kita pergi ROS dengan peguam untuk membuat laporan, katanya. Arijan tetap mendakwa wujud unsur sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang tersebut, biarpun JPP sebelum ini menafikan tuduhan itu. Kami dengan sepakat masih mempertikaikan keputusan Pemilihan Cabang Kuala Selangor yang telah dicemari dengan pelbagai penyelewengan pemilihan. Termasuk berlaku "Black -Out" (bekalan elekterik terputus).

Andaian kemungkinan kertas undi tercemar amat ketara bila semua petugas dikehendaki keluar dari bilik pengiraan undi dalam masa yang sama tidak terdapat wakil calon yang menjadi saksi kertas-kertas undi tidak diusik, ujarnya lagi. Pemilihan semula kerusi Kuala Selangor menyaksikan S. Manikavasagam diangkat menjadi ketua Cabang mengalahkan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor. Kegagalan Khalid mempertahankan kerusi itu menyebabkan beliau tiada sebarang jawatan dalam parti sementelah ADUN Pelabuhan Klang itu juga dilihat bakal tewas kepada Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Azmin kini memperolehi 21,066 undi meninggalkan Khalid yang hanya meraih 14,608 undi. Seorang lagi pencabar mereka, Datuk Saifuddin Nasution pula sekadar memperoleh 9,944 undi, setakat ini. Keputusan pemilihan PKR 2014 akan diumumkan pada Kongres PKR, Ogos depan.

Maaf, IBM mencelah sikit. Siap ko Arijan. Sudah tentu akan di ambil tindakan oleh lembaga displin parti kerana menedahkan keburukan parti. Dan, besar kemungkinan akan di pecat dari parti. Tak percaya tunguuuuuuu!. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. nak jadi apa ko arijan? khalid makin letih ditekan dan dipaksa letak jawatan. lepas khalid letak jawatan nanti, kemana ko nak bawa diri. ko diam-diam sudah, ataupun ko ampu puak2 yang nampak nak menang. esok boleh terus bernyawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin

      Salam.
      Arijan ni nak jadi hero konon, tapi silap tempat. Masak le dia ni nanti.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...