Wednesday, July 30, 2014

PKR PENCIPTA BUDAYA 'RAMPASAN KUASA'?

RABU, 30 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR...
Walaupun dikecam selepas mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bocor kepada umum, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Terbaharu Mohd Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini. Menurut Mohd Zuhdi, sekali kita mencipta budaya baharu...turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat. Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. 

Bayangkan jika ini berterusan, kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik, katanya menerusi akaun Facebook nya hari ini, Rabu. Maka, tidak keterlaluanlah jika kita selar Anwar adalah "Bapak Rampasan Kuasa" yang ingin menjadi Perdana Menteri, tapi, kesian Nuar...cita-citanya tak kesampaian hinggakah ke hari ini. Dan...sampailah dia masuk dan jadi penghuni Penjara Sungai Buloh. Bagi pandangan IBM, Pegawai-pegawai dan ahli PAS patut sedar dan menerima cadangan dari Mohd Zuhdi kerana inilah masanya PAS mengorak langkah keluar dari Pakatan kerana selama ini PAS hanya di peralatkan oleh rakan kongsi mereka, PKR dan DAPig. Perjuangan PAS bersama Pakatan tidak dihargai oleh rakan-rakan mereka. Jadi, apa tunggu lagi. Belah sahajalah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...