
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata sekarang bukan masanya untuk pihak berkuasa berlembut terhadap penceroboh terbabit. Saya mohon budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini. Sekarang bukan masa untuk berlembut lagi. Berapa ramai lagi anggota pasukan keselamatan akan terkorban jika penceroboh masih bermaharajalela," tegasnya. Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara boleh mengeluarkan Peraturan Kawalan Tembakan yang membenarkan tembakan dilakukan ke atas mana-mana unsur yang dicurigai boleh menggugat keselamatan negara.
Kenyataan beliau ini menyusuli kejadian serangan hendap ke atas pasukan keselamatan yang dilakukan oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas. Dalam kejadian 11.10 malam itu anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan. IBM rasa, ramai yang setuju dengan kenyataan oleh Panglima TLDM itu. Demi keselamatan negara dan juga keselamatan anggota keselamatan itu sendiri bertindak sedemikian adalah wajar. Tembak je. Wasallam ~ IBM