RABU, 29 JANUARI 2014
PKR kini panas buntut. Cita-cita mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan nanti ditentang mati-matian oleh parti PAS. Begitu juga dengan Pemuda PAS yang mengancam untuk memboikot semasa berkempen nanti. Nampaknya krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor begitu meruncing sekali. Mereka sudah hilang pertimbangan dan tidak lagi menghormati sesama sendiri, tiada lagi sepakatan seperti apa yang mereka beritahu rakyat Selangor bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah parti gabungan yang membela rakyat. Tapi, semuanya itu bohong semata-mata.
Dengan itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar. Menurut Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman (gambar) berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor. Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.
Katanya lagi, PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN. Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secara tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Selang beberapa hari (semalam) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari. Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14. Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.
Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur. Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja, katanya. Sekiranya PKR meneruskan hasratnya melantik calonnya mereka untuk menjadi Menteri Besar Selangor, PAS tidak teragak-agak menentang dan juga akan menghantar calonnya bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor dan tidak akan memberi laluan mudah pada Anwar Ibrahim. Itu amaran keras dari PAS.
Kepada rakyat dan pengundi di Kajang, ambilah aktibar bahawa korang semua di tipu hidup-hidup oleh parti Pakatan Rakyat yang kononnya sebuah parti yang membela nasib rakyat. Tapi, itu hanya dusta. Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat. Pemimpin-pemimpin pakatan rakyat hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka berpolitik semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka sahaja, bukan untuk rakyat. Oleh itu, berfikirlah masak-masak, gunakan akal yang ada dan jangan salah undi semasa nak mengundi nanti. Ingat, jangan pisang berbuah dua kali. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"