Wednesday, January 22, 2014

PIJAK BENDERA JEPUN ~ ANWAR TAK AKAN MINTA MAAF

RABU, 22 JANUARI 2014
 MEMALUKAN !!Perbuataan bodoh dan sia-sia oleh penyokong Anwar Al-Juburi
MAAF?....no way. Begitulah kata Anwar bila didesak oleh sesetengah pihak untuk memohon maaf diatas perbuatan sekumpulan penyokongnya yang memijak bendera Jepun bagi membantah halangan yang dikenakan (memasuki Jepun) terhadap beliau. Bagaimanapun Ketua Pembangkang itu, juga Penasihat PKR itu tetap menyelar tindakan kumpulan kecil berkenaan yang memijak lakaran bendera tersebut. Kenapa beliau perlu minta maaf? Bukan beliau yang buat...malah beliau pulak yang dihina. Orang yang hina itulah yang perlu minta maaf, katanya. Ehh..ehhh ye tak jugak. Anwar ni kan bersih orangnya. Hehehehe.
Beliau memberi penjelasan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu. Menurut Anwar, beliau menyokong hak kumpulan itu untuk berhimpun tetapi menyelar tindakan mereka dengan menyifatkan ia sebagai perbuatan melampau. Menurut katanya, beliau setuju mereka berhimpun di hadapan Kedutaan Jepun tetapi membantah perbuatan memijak bendera tersebut. Baginya mereka tidak perlu buat begitu, katanya. Ia ke nuar? Atau hanya auta je. 
Perbuatan kerajaan Jepun yang melarang Anwar masuk ke negara itu membuat penyokong-penyokongnya naik berang,  melenting dan terasa malu. Bagi mereka itu satu penghinaan terhadap pemimpin kesayangan mereka. Maka, pada Selasa lepas, sekumpulan penyokong Anwar bertindak agresif memijak dan membakar lakaran bendera Jepun kerana berang dengan tindakan kerajaan negara berkenaan yang menghalang pemimpin mereka memasuki Jepun pada Ahad lalu. Bantah le kononnya tu. 
Apapun, apalah yang nak dihairankan. Perbuatan sedemekian dah jadi darah daging mereka (pembangkang). Itulah wajah sebenarnya pembangkang dan itulah cara mereka berpolitik. Cara mereka mudah. Segala apa yang mereka lakukan, bila ditekan oleh sesetangah pihak, mereka tak akan mengaku. Itulah Pakatan Rakyat yang merosak dan menyesatkan rakyat. Simpang malaikat 44 kalau mereka jadi kerajaan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...