Friday, January 31, 2014

TAHU KE ANWAR JIKA KHALID LETAK JAWATAN DUN SELANGOR AKAN TERBUBAR??

JUMAAT, 31 JANUARI 2014

Anwar ni tahu ke tak tahu tentang politik? Kalau tak tahu macam mana dia nak jadi Menteri Besar Selangor. Samada dia sedar atau tidak perkara 70 undang-undang tubuh Negeri Selangor? Pada dia, apa juga yang dia dengar, dan dia tahu, pesetankan itu semua. Apa yang penting dia mesti menang di PRK DUN Kajang yang akan dipertandingkan tak lama lagi. Anwar sudah naik gila, sawan kerana jiwa dan nafsunya kian memuncak untuk jadi MB Selangor wa'ema apa yang berlaku. 

Dalam perkara 70 undang-undang tubuh Negeri Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan. Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian. Itu menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar)  bahawa Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan. Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN. Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Pada pandangan beliau kalau Menteri Besar Selangor sekarang (Khalid Ibrahim) meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN. Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Menurutnya lagi, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN. Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri, katanya. Kesimpulannya, adakah Anwar tahu semua itu? atau beliau hanya buat pekak kerana beliau beranggapan boleh memujuk Baginda Sultan Selangor dan menyakinkan baginda bahawa dialah orang yang paling layak menerajui negeri Selangor. Lagi pun Anwar sudah naik syok apabila balacinya mengatakan Anwar adalah seorang pemimpin bertaraf dunia. Puiii!!

Aduhai, mengapalah manusia anugerah tuhan yang bernama Anwar ni masih bernafas dalam dunia ni. Liat dan degil, malah masih boleh bernafas walaupun di humban ke dalam lumpur. Tapi, ramai pemerhati dan penganalisis politik mengatakan di Kajang inilah krier politik Anwar akan berakhir sekiranya dia tewas. Kita tunggu dn lihat sajalah. Ini  kalilah!!....Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...