Monday, January 20, 2014

AZMIN DI LANTIK SEMULA LEMBAGA PENGARAH PKNS. MANA MARUAH KHALID GAGAP??

ISNIN, 20 JANUARI 2014

AKHIRNYA Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali kembali menduduki lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seminggu selepas perkhidmatannya ditamatkan. Azmin dipercayai menerima sepucuk surat pada Sabtu lalu memaklumkan beliau dilantik semula berkuatkuasa 16 Januari selepas diberitahu pada 8 Januari lalu bahawa khidmatnya sebagai ahli lembaga pengarah anak Syarikat kerajaan negeri Selangor itu ditamatkan. Difahamkan, surat satu perenggan itu menyatakan PKNS telah menerima arahan daripada kerajaan negeri untuk memansuhkan pemecatan awalnya.

Bagaimanapun, sumber melaporkan Azmin dimaklumkan bahawa beliau tidak boleh menghadiri mesyarat lembaga PKNS pada jam 3 petang tadi. Pejabat Menteri Besar difahamkan telah mengarahkan supaya Azmin tidak dijemput. Situasi yang agak aneh ini dilihat adalah sebahagian daripada rebutan kuasa di antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin. Konflik antara dua pemimpin PKR Selangor ini berterusan.  Ekoran pemecatan Azmin mengecewakan kepimpinan PKR yang kemudian mengarahkan Khalid supaya melantik semula Azmin. Rojak...rojak jadinya Parti Kelentung Rakyat (PKR) Selangor ni. 

Untuk menutup kesalahannya sendiri yang mahu membunuh terus politik Azmin, Khalid gagap menyalahkan pula Pengurus Besar PKNS Othman Omar dan sumber-sumber menyatakan Othman serta Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa serta-merta. Memang busuk dan jahat politik yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin PKR Selangor ni. Jadi, kesimpulannya, yang mana dikatakan PKR ni sebuah parti yang telus, jujur dan membela rakyat? Sedangkan pemimpin-pemimpinnya bercakaran sesama sendiri. Bagai IBM, Khalid gagap memang tak ada buah pelir, takut dengan desakkan dari seseorang, akhirnya terpaksa mengembalikan jawatan Lembaga Pengarah kepada musuh tradisinya Azmin Ali. Stop di sini, korang fikir-fikirlah sendiri. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...