Tuesday, January 7, 2014

PILIHAN RAYA PALING GANAS!!

SELASA, 07 JANUARI 2014
Waww!!…ganasnya
BEGINILAH agaknya yang pembangkang di negara ini nak. Setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), maka berlakulah seperti (gambar) di atas. Ganas dan kejam. Puhhh!...simpang malaikat 44.  Insiden tersebut berlaku di Dhaka Bangladesh. Dilapurkan parti pemerintah Bangladesh menang dalam pilihan raya yang dianggap paling ganas dalam sejarah negara itu, yang dicemari pertempuran jalanan. Dilapurkan, kadar pengundi yang keluar mengundi begitu rendah dan pemulaun oleh pembangkang oleh pembangkang yang menjadikan keputusan satu rumusan yang diketepikan. 

Mengikut laporan sebuah akhbar di Bangladesh, kemenangan Liga Awami sudah dijangka kekecohan ketika pilihanraya kelmarin meletakkan Bangladesh di dalam kancah kekacauan dan kelembapan ekonomi, dan membawa kepada lebih banyak keganasan di negara miskin yang mempunyai seramai 160 juta penduduk. Semalam sahaja, pertempuran berkaitan pilihan raya telah mengorbankan tiga orang di Dohar, di luar Dhaka. itu mengikut kata polis di sana. Sementara itu dilaporkan juga, sekurang-kurangnya 18 maut kelmarin apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dan aktivis pembangkang telah membakar lebih 100 pusat pengundian.

Kesimpulannya di sini, adakah perkara seumpama ini berlaku di negara kita yang tercinta ini. Tapi, ia mustahil tidak boleh berlaku kerana provokasi pembangkang terhadap kerajaan yang ada sekarang begitu ketara sejak akhir-akhir ini. Demonstarsi demi demonstarsi pembangkang anjurkan. Mereka menghasut rakyat dengan memberi input atau penjelasan yang salah. Pembangkang mahu menghuru-harakan negara. Setiap orang mempunyai kesabaran. Begitu juga dengan kami yang pro kerajaan. Jangan sampai kesabaran kami tidak dapat dibendung lagi. Nahas korang!!.

Fikir-fikirkan. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...