MUNGKIN dah serik atau pun ingin membuat perubahan di dalam pentadbirannya senoneng dengan wawasan beliau ke arah 'transformasi'yang beliau ilhaman. Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Datuk Norhayati Onn sebagai Setiausaha Politik beliau. Wow!! apa lagi, gembira sungguh wanita Umno seluruh negara dan ucapan terima kasih kepada PM oleh ketua wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di atas perlantikan tersebut.
Mengikut kata Datuk Seri Shahrizat, perlantikan itu melakar sejarah kerana buat kali pertamanya seorang wanita dilantik ke jawatan berkenaan. Ianya juga merupakan satu kejayaan didalam perjuangan Wanita Barisan Nasional (BN) ke arah menguruskanperdanakan pengilibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam arena politik. Seterusnya Datuk Shahrizat berharap pelantikan itu akan memberi 'aspirasi' kepada wanita Malaysia untuk terus memberi sumbangan dalam menjayakan pelan transformasi yang diagendakan oleh Perdana Menteri.
IBM pun rasa terharu juga. Kan apa, bukan senang wanita menjawat jawatan tersebut. Apatah lagi berkerja di bawan Perdana Menteri, orang nombor 1 negara. Dengan itu IBM juga ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Nohayati Onn di atas perlantik tersebut. Jalankan tanggunjawab yang telah diberi dengan penuh didikasi. Wanita boleh!!!. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"