HANGAT!! Semakin lama semakin hangat isu pemecatan Azmin Ali dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ia seolah-olah tiada noktah tak tahu bila akan berakhir. Mungkin akan berlaratun hingga ke PRU ke-14 nanti? Agaknya le. Persoalan siapa berbohong berhubung isu penyingkiran Azmin Ali sebagai lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus menjadi tanda tanya.
Terbaru, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam kenyataan medianya semalam mendakwa tidak pernah mengarahkan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar mengeluarkan surat bertarikh 16 Januari kepada Azmin bagi memaklumkan penamatan perkhidmatannya ditarik balik. Manakala si Khalid gagap sebagai Menteri Besar Selangor pula terus dengan sendiwaranya seolah-olah beliau tidak terlibat langsung dengan pemecatan Azmin Ali. Padahal, ada desas-desus atau bukti yang boleh mengaitkan pembabitan Khalid di dalam isu tersebut.
Maka, bolehlah kita menilai sendiri bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerajaan pembohong, penuh dengan tipu-helah, kontrovasi dan banyak menyusahkan rakyat. Semasa Barisan Nasional (BN) menerajui negeri Selangor, tidak pernah perkara seumpama ini berlaku. Pakatan Rakyat (PR) pernah menuduh bahawa Umno mengamalkan politik 'pancung-memancung' di dalam parti. Tapi, kita dapat lihat sekarang bahawa merekalah yang mengamalkan politik pancung-memancung di kalangan mereka.
Berbalik kepada isu pemecatan Azmin Ali, siapa sebenarnya yang berbohong?? Jangan panik, jangan gusar..carilah perlahan-lahan, buatlah analisa sendiri. IBM yakin, korang semua akan dapat jawapannya. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"