MUNGKIN kerana tekanan atau takut tercetusnya kembali insiden 13 Mei (seperti gambar dan banner dibawah), beberapa hari yang lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang menasihatkan agar wakil rakyatnya, Khai Loon ADUN Machang Bubuk supaya memohon 'maaf' kepada Perdana Menteri dan semua warga melayu di atas perbuatannya yang menghina dalam isu 'kangkung' (memasukkan kangkung dalam patung menyerupai Najib). Terkini, anak Lim Kit Siang, iaitu Lim Guang Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, tanpil menjelaskan bahawa segala insiden dan episod itu adalah idea dan arahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Maka, katanya Anwar Ibrahim perlu tampil menyelesaikan kemelut tersebut yang menjurus kepada tercetusnya demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno Pulau Pinang. Katanya lagi, kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu dan mereka tidak sepatutnya diseret dalam demonstrasi mengecam Khai Loon. Dengan itu, beliau tidak perlu memberi penjelasan walaupun Khai Loon merupakan ADUN di negeri ini. Beliau ahli PKR dan bukan DAP, katanya lagi.
Dalam isu ini, Anwar yang harus selesaikan kerana program yang berlangsung di Bukit Mertajam Rabu minggu lalu dianjurkan oleh PKR, bukan DAP katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dua demonstrasi yang berlangsung dalam suasana tegang di negeri ini oleh Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan biadap Khai Loon memasukkan kangkung dalam patung menyerupai Najib.
Soalan beliau, kenapa mereka tidak serang Anwar ketika membuat bantahan berkenaan? Adakah kerana Anwar seorang Melayu dan beliau pula Cina, jadi beliau pula yang jadi sasaran? Semua ini tidak seharusnya berlaku. Mereka membuat demonstrasi dalam keadaan ganas sehingga ada seorang lelaki dipukul, katanya. Difahamkan punca lelaki berkenaan dipukul adalah kerana memaki hamun peserta demonstrasi yang membantah Khai Loon. Memang elok beno le tu. Kalau dah melampau, kurang ajar siapa yang tak marah dan naik angin. Nasib baik tak mampus lelaki tersebut.
Apapun penjelasan yang diberi oleh pemimpn DAP seko ni, memang sukar untuk di terima. Kita semua dah masak akan kerenah pemimpin-pemimpn Pakatan Rakyat ini. Mereka pandai berlakun, berpura-pura. Mereka akan menyalahkan antara satu sama lain. Tapi, itu hanyalah sendiwara mereka. dibelakang kita mereka ketawa berdekah-dekah. Apabila Lim Guan Eng menunding jari kepada Anwar di dalam isu 'kangkung' ini, itu sememangnya telah dirancang. Itulah satu keistimewan pembangkang ini. 'Baling batu sembunyi tangan'.
Satu soalan dari IBM, betul ke penasihat DAP, Lim Kit Siang takut apabila pendemo-pendemo dari kalangan ahli Umno Pulau Pinang menaikan banner yang berbunyi "KERANA MULUT 13 MEI 1969 TERJADI....MAU LAGI KAA!!!". Maka, takut ianya berulang lagi, Lim kini meraya supaya ADUN tersebut memohon maaf dan jangan dipanjang-panjangkan lagi isu tersebut demi untuk kerharmonian dan kestabilan negara. Betul ke? Tau takut ye.
Untuk itu, dah tiba masanya orang-orang melayu bersatu, lupakan sengketa dan fahaman politik. Kita bangsa melayu dihina, diherdik di negara sendiri. Mahukah di satu hari nanti, terutamanya anak-cucu kita nanti, meminta sedekah di negara sendiri dan dihalau seperti anjing kurap?...mahukah?..Fikir-fikirkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"