WALAU apa pun alasan yang diberi oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim samada semuanya itu adalah spekulasi, itu adalah wajah Anwar yang sebenarnya. Kalau tak berbohong atau putar-belit bukan Anwar Ibrahim namanya. Sekarang sudah jelas. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim@Khalid gagap telah pun mengumumkan bahawa calon pilihan raya kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Jadi, mana yang dikatakan itu hanya spekulasi? dan apa pula motif dan tujuan PKR meletak Anwar sebagai calon mereka?
Apabila ditanya oleh pemberita hari ini (Selasa) setelah nama beliau diumumkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang , Anwar menolak dakwaan ia adalah untuk memberi laluan kepadanya menjadi menteri besar Selangor kemudian. Beliau yang akan bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perkara itu hanyalah spekulasi dan pada masa kini hanya akan memberi tumpuan untuk menang di Kajang. Isu untuk (jadi MB) hanya spekulasi. Kita nak tumpu menang pilihan raya. Harapan beliau kalau boleh bila kerusi itu adalah kerusi untuk Pakatan Rakyat jangan ada pembaziran untuk belanja pilihan raya dan bagi ruang untuk kita uruskan kerja mereka, katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.
Anwar berkata demikian selepas namanya diumumkan sebagai calon bagi DUN Kajang yang dikosongkan oleh penyandang sekarang Lee Chin Cheh semalam tanpa sebab. Pengumuman mengenai keputusan untuk meletakkan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media yang sama. Anwar berkata, Abdul Khalid akan menjalankan tugasnya sebagai menteri besar Selangor sepertimana biasa. Jelas Anwar lagi, beliau membuat keputusan untuk bertanding selepas namanya dicadangkan dan dipersetujui dalam perbincangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Apapun, itu perihal dan masalah dalaman PKR. Bagi kita, siapa pun calon yang PKR letak untuk bertanding di DUN Kajang, tidak menjadi masalah. Kita tetap akan meletakkan calon kita yang berwibawa. Pastikan kita kerja kuat untuk mempastikan calon kita menang dan sekali gus mengaggalkan cita Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Setelah cubaan demi cubaan gagal untuk menjadi Perdana Menteri, kini Anwar beralih pula pada jawatan Menteri Besar. Jadilah, katanya. Itulah fahaman Anwar yang berpolitik songsang semata-mata kerana nafsu, dan ingin membalas dendam. Kini semuanya sudah terjawab. Ayuh rakan-rakan seperjuangan, bersiap-sedialah kita bagi menghadapi PRK DUN Kajang ini.
Dengar cerita, angkatan muda Pas (pemuda) tidak akan menyertai PRK kali ini. Betul ke ni? kenapa dan mengapa pula jadi lagu tu. Rojak..rojak...memang dah jadi rojak Pakatan Rakyat Selangor ni. Bila le mereka nak bungkus untuk selama-lamanya? Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA