Thursday, January 23, 2014

PENUTUPAN PASAR MALAM TTDI MENGEJUTKAN. PENGUNJUNG TERTANYA-TANYA, KENAPA?

KHAMIS, 23 JANUARI 2014

ISU SEMASA
Pasar malam TTDI.
 
 Para pengunjung beratur untuk membeli makanan kegemaran mereka.


BUKAN sahaja pengunjung tetap pasar malam Taman Tun Dr Ismail terkejut IBM pun terkejut sama. Apa sudah jadi? IBM memang regular customer kat sana.  Mengenai notis penutupan mengejut pasar malam tersebut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuatkuasa 26 Januari ini, amat-amat mengejutkan. Gambar notis tersebut bertarikh 16 Januari dikeluarkan kepada para peniaga pada Ahad tersebar luas di laman Twitter, malam Ahad.
Notis tersebut menyebut DBKL membuat keputusan itu selepas para peniaga gagal menyelesaikan aduan yang kerap diterima seperti kesesakan lalu lintas dan tahap kebersihan. Pengunjung pasar malam itu menggunakan Twitter sebagai medium untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Apapun, IBM harap ku Nan atau Datuk Bandar Kuala Lumpur dapat memberi jawapan dan penjelasan secepat mungkin. Jangan le nak tabur nasi dalam periuk orang. Penjaja-penjaja di situ nak cari rezeki untuk sesuap makan. Keluarga mesti di tanggung.
Dan pulak, notis diberi begitu singkat tanpa berbincang dengan penduduk-penduduk disitu dan juga penjaja-penjaja yang dah lama berniaga di situ. Mereka-mereka ni orang asing ke? Ku Nan, tolong beri jawapan yang bernas, jangan berdolak-dalik seperti isu memaafkan Tian Chua. Langsung tak boleh diterima pakai oleh kami, ahli-ahli Umno. Fikir-fikirkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...