Tuesday, January 28, 2014

'PELAN DAMAI' ANWAR PERLU DITOLAK. ITU HANYA SANDIWARA.....

SELASA, 28 JANUARI 2014
SEMALAM berita di TV, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjelaskan bahawa  beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan damai', dengan berunding bersama Jemaah Menteri. Perdana Menteri berkata yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Tapi, ramai pemerhati dan pengamal politik diluar sana menyuarakan perkara yang berbeza. Rata-rata ramai yang menentang dan memberi amaran supaya kerajaan BN berhati-hati kerana itu adalah sandiwara dari Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal Anwar Ibrahim yang mempunyai banyak watak. Salah satu watak yang sudah menjadi darah dagingnya ialah penipu. 

Maka, kerajaan perlu menolak dengan tegas pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang soal permuafakatan nasional. Ini disuarakan oleh bekas sahabat karib Anwar yang dulu amat berpengaruh dalam parti PKR yang kini menjadi Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor (gambar). katanya, Anwar sendiri sebenarnya sudah bankrap idea dalam berpolitik dan atas sebab itu beliau secara tiba-tiba membangkitkan soal permuafakatan nasional bagi meraih perhatian. Anwar memang sudah bankrap dari segi moral dan politik tetapi dia masih hidup kerana kita sendiri lemah dan lembab dalam bertindak, kata Ezam menerusi laman Twitternya hari ini. Pada Ahad lalu, Anwar menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan kononnya demi kepentingan rakyat.

Persoalan yang sama IBM ajukan pada entri IBM yang lepas. Ramai yang bersependapat dengan IBM. Kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru Anwar inginkan 'pelan damai' sedangkan beliau telah banyak menyusahkan rakyat dan memburuk-burukan pentadbiran kerajaan yang sedia ada semata-mata pakatan rakyat tewas di dalam PRU ke-13 yang lepas sekali gus melenyapkan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau apa yang IBM kata ini salah, harap maaf kerana bukan IBM sahaja yang berkata demekian malah ramai lagi termasulah YB Senator Ezam Mohd Noor sendiri. Ini masalah negara, maruah bangsa dan agama. Damai  seperti mana yang Anwar mahukan? Tuhan dan Anwar sahaja yang tahu......Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...