WALAUPUN belum ada kesohehan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, cerita hangat dan menarik ini sudah tersebar luas di merata negeri. Dan seperti biasa, Anwar dengan penafiannya, kata itu hanya "spekulasi". Itu jawapan bersahaja dari Anwar ketika ditemui hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pagi ini (Isnin). Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media. Beliau bertemu dengan (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa mereka bertemu samada di pejabat atau di rumah, kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi menteri besar.
Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan menteri besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja. Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi menteri besar. "Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan.
Sebelum itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan yang Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini. Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini. Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar. Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Kononnya, Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad. Kalau perkara ini betul-betul jadi, maka tak salahlah kalau kita cop si Anwar ini gila jawatan. Tak dapat jadi Perdana Menteri (PM), jadi Menteri Besar (MB) pun tak apalah. Asalkan krier politik jahatnya berterusan. Dan....apa jadi dengan si Azmin pulak? tidakkah beliau rasa kecewa kerana beliau juga ada bercita-cita nak jadi Menteri Besar Selangor? Rojak...memang rojak PKR Selangor ni........
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Kah kah kah....iye ke...? Mari kita sama-sama tenguk. Tak dpt PM, MB pun jadilah.....hehehe
ReplyDeleteIBM ~ Ghazali
DeleteTapi bolehkah Anwar jadi MB Selangor sedangkan dia bukan anak jati Selangor dan alamatnya pun bukan di Selangor?..apapun kita tgk le nanti....