Sunday, January 5, 2014

AKHIRNYA BAKI ENAM (6) TAHANAN ISA DIBEBASKAN...

AHAD, 5 JANUARI 2014
KALAU anda semua masih ingat sebelum hari raya aidilfitri tahun lepas, beberapa kumpulan pendesak telah mendesak Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi membebaskan 6 tahanan ISA  terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak. Pada ketika itu DS Zahid tidak dapat melayan permintaan mereka kerana masih banyak lagi yang mesti dikaji sebelum kerajaan membuat keputusan untuk membebaskan mereka. Tapi, semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan pembebasan 6 tahanan tersebut. Katanya,  mereka terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011. Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina. 
   
Rakyat Malaysia yang akan dibebaskan terdiri daripada Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba. Warganegara Indonesia terdiri daripada Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, sementara warganegara Filipina ialah Muadz Hakim. Pembebasan tahanan ISA ini berikutan pemansuhan akta tersebut dan digantikan dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012. Maka, ini jelas menunjukkan bahawa DS Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengotakan janji beliau walaupun 6 tahanan tersebut tidak dapat bebaskan semasa hari raya aidilfitri tahun lepas. Bagi IBM, beliau bukan mungkir janji seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan publisiti.

Kepada tahanan tersebut, bersyukurlah kerana telah dibebaskan, dan janganlah diulangi lagi perkara-perkara yang lepas demi untuk kestabilan dan kehormonian negara kita yang tercinta. Kini, ISA telah tiada dan digantikan dengan akta yang agak serupa dengan ISA, tapi lebih kepada ciri-ciri keselamatan negara. Harap apabila balik kepangkuan keluarga masing-masing, mereka dapat memulakan kehidupan baru. Segala pengalaman semasa di dalam tahanan jadikan satu iktibar supaya kita dapat menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
Jadilah seorang rakyat yang bertanggungjawab dan hindarkan daripada anasir jahat.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...