Sunday, January 26, 2014

MEMALUKAN NEGARA, KATA PELAJAR MALAYSIA DIJEPUN

AHAD, 26 JANUARI 2014
Pelajar Kesal, Malu Demonstrasi Pijak Bendera Jepun Oleh Penyokong Anwar
WALAUPUN isu ini dah sejuk, tapi, bagi  pelajar-pelajar Malaysia di Jepun, mereka rasa kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas. Perbuatan kurang cerdik dan kurang ajar mereka itu ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.
Zed Al Habshee dalam e-mailnya berkata, sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka. Ironinya, selepas insiden itu, beliau dan rakan-rakan pelajar disana masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain. Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu, katanya lagi. 
Dengan layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia. Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka, katanya. Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu. Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan. Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.
Tidakkah mereka fikir usaha 'Dasar Pandang ke Timur' yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka? Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu, katanya dengan nada yang kesal. Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Bagi Anwar di penyokong-penyokongnya, perbuatan mereka itu betul, lojik dan kena pada masanya. Mereka tak perduli samada perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan rapat Malaysia dan Jepun yang sekian lama telah terjalin. Itulah perangai dan wajah-wajah 'syaitan' yang dimiliki oleh pembangkang. Wajarkah mereka-mereka ini (pembangkang) diberi ruang dan mandat untuk menerajui negara pada PRU ke-14 akan datang. Jom sama-sama kita fikir-fikirkan demi untuk, agama, bangsa dan negara. Pembangkang di negara lain membantu dan memberi idea-idea yang b ernas demi kebaikan negara mereka, tapi, pembangkang di sini, ingin memusnah dan meruntuhkan negara. Hampehhh!!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...