Thursday, January 30, 2014

BUKAN LAMBARAN BARU ~ ITU HARAPAN KAUM CINA PADA TAHUN KUDA

KHAMIS, 30 JANUARI 2014
TRAGEDI Lembah Bertam tahun lepas melakar sejarah hitam bagi masyarakat Cina terutama di kawasan tragedi namun mereka berharap kehadiran Tahun Kuda membuka lembaran baru hidup mereka.  Kenangan pahit dalam tragedi banjir kilat yang mengorbankan empat nyawa, merosakkan 80 buah rumah serta 100 kenderaan pada awal pagi 23 Oktober 2013 menjadikan Tahun Ular begitu malang untuk mereka.  

    
Mereka berharap kehadiran Tahun Kuda mengikut Kalendar Lunar yang bakal disambut ini akan mengikis kenangan ngeri yang pastinya terlalu sukar untuk dipadamkan dalam kenangan. Walaupun terdapat ramalan Tahun Kuda akan penuh dengan cabaran namun mereka berharap dapat mengumpul semula kekuatan untuk membina kehidupan sebagaimana kekuatan dan kegagahan seekor kuda.

Disini, IBM mengambil kesempatan mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua kaum cina di Malaysia ini. Moga tahun ini (2014), tahun Kuda lebih baik dari tahun (2013) tahun ular. Dan, kepada yang berpolitik tu, berpada-padalah. Jangan terlalu emosi, lantang hingga boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara juga sensitiviti antara kaum. Kita 1 Malaysia. Malaysia boleh. Selamat tahun baru cina!!

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...