Friday, January 24, 2014

HENTIKAN DEBAT 'KALIMAH ALLAH' TAK SESUAI, TERLALU SENSITIF, KATA ABIM

JUMAAT, 24 JANUARI 2014
RAMAI dikalangan umat Islam di negara ini setuju dengan saranan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak supaya debat kalimah Allah yang akan dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian pada 27 Januari ini dibatalkan kerana polemik itu tidak dapat diselesaikan menerusi perdebatan. Menurut Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz (gambar bawah), penganjuran Wacana Sinar Siri 26 yang bertajuk “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” bahawa Polemik kalimah Allah ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi perdebatan kerana ia amat bersangkutan dengan perkara-perkara yang melibatkan isu teologi yang akan mengundang sensitiviti masyarakat.
Jelasnya, isu-isu agama yang melingkari masyarakat seperti ini harus diselesaikan menerusi perbincangan yang melibatkan kumpulan ilmuwan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan sederhana dari kedua-dua kelompk. Justeru katanya Abim menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tersebut tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu ini yang asalnya bersifat teologi secara langsung diheret kepada perkara lain yang lebih sensitif serta melibatkan perundangan dan institusi raja. Muhammad Faisal menyuarakan hal tersebut dalam satu kenyataan hari ini (Jumaat). Sambung Muhammad Faisal lagi, Abim telah menyerahkan surat kepada pihak Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.
Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran perdebatan itu juga boleh dianggap prejudis kerana ia masih belum lagi didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan. Abim turut menyeru semua pihak khususnya media untuk mengetengahkan pandangan sederhana dan bersifat ilmiah khususnya dari kelompok agamawan Islam dan Kristian yang merupakan ‘majoriti senyap’ bagi memastikan polemik ini dapat disejukkan, katanya lagi. Kepada penganjur Wacana Sinar, carilah topik yang lain bersesuaian dengan keadaan semasa. Jangan keruhkan lagi keadaan yang begitu 'sensitif' kerana ianya melibatkan maruah agama, bangsa dan negara.  Kalau nak jadi hero pun, berpada-padalah. Ramai yang bertanya, Sinar Harian ni berpihak dibelah mana? Renung-renung dan fikir-fikirkan....
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...