Sunday, January 19, 2014

JUARA BUAT KALI KE-10. TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!!

AHAD, 19 JANUARI 2014

BERITA SUKAN BADMINTON :

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!!
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia 2014 buat kali ke-10 selepas menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto pada aksi akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi. Chong Wei selaku pilihan pertama mencatat kemenangan 21-19 21-9 ke atas pemain di ranking ke-4 dunia itu. Chong Wei muncul sebagai pemain terbanyak bergelar juara Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Tahniah Datuk Lee. Selepas ini, sapa pulak yang akan menganti tempat beliau? Ini kerana faktor usia. Tak mungkin Datuk Lee boleh bertahan lama. Paling lama pun setahun-dua sahaja lagi boleh boleh bermain. Sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari dan mencungkil bakat-bakat baru untuk mengantikan tempat Datuk Lee Chong Wei untuk terus mengharumkan nama negara di persada dunia di dalam sukan badminton.
Kalau diusahkan, tidak mustahil ada penganti, pemain lama pergi, muncul pula yang baru. Majulah sukan untuk negara. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...