MALANG memang tak berbau. Sedang kita syok memandu menghala ke distinasi samada ke tempat kerja atau pun ke tempat lain, tiba-tiba sahaja kita dapati jalan yang selalunya di waktu pagi, yang mana kebiasaannya licin dan lancar, menjadi sesak, panjang bak ular sawa. Hati ini mulalah bertanya-tanya, apakah puncanya? Perkara ini berlaku pagi ini di jambatan Pulau Pinang. Butirannya seperti berikut :-
GEORGETOWN: Ratusan kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Perai menghala ke pulau terperangkap dalam kesesakan luar biasa selepas dua kereta berlanggar hari ini. Jurucakap Jambatan Pulau Pinang berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda itu berlaku di lorong kiri Km3 jambatan berkenaan pukul 9.15 pagi tadi. Kemalangan itu menyebabkan pacuan empat roda itu terbalik mengiring ke kiri bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan, katanya ketika dihubungi.
(Gambar Hiasan)
Beliau berkata, setakat pukul 10.30 pagi, kedua-dua kenderaan terlibat belum dialih dan pihaknya masih menunggu ketibaan trak penunda. Kami sedang berusaha mengalihkan kenderaan terbabit bagi membolehkan lalu lintas bergerak lancar namun sikap pengguna yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan itu memburukkan lagi keadaan, katanya.
P/S ~ IBM terkilan le sikit kepada pengguna jalan raya di negara kita ini. Apabila berlaku sesuatu kemalangan seperti ini, pemandu-pemandu yang tak berkenaan (seberang jalan) akan memperlahankan kenderan mereka kerana ingin melihat apa yang berlaku. Ini yang menyebabkan tempat itu bertambah sesak kerana kebanyakan pemandu tersebut buat sibuk dan penyibuk. Harap tabiat buruk seperti ini dapat di hentikan. Lagi pun, bukan korang dapat tolong pun. Kemalangan berlaku di seberang sana, dah tentulah sesak, tapi korang pula yang sibuk. Akhirnya lorong korang pun turut sesak.
Akhir kata, berhati-hatilah bila memandu. Jangan sampai orang yang menunggu kita tak kira di mana menunggu dengan tangisan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"