Thursday, January 30, 2014

BERITA YANG MEMBUAT ANWAR BENGGANG DAN GILA HABIS DENGAN SPR!!

KHAMIS, 30 JANUARI 2014

MENJELANG PRK N25 DUN KAJANG :


Anwar  Boleh Bertanding Di Kajang Tetapi Tidak Boleh Mengundi - SPR

Ini berita yang akan membuat Anwar Ibrahim benggang habis. Beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk bertanding pada pilihan raya DUN Kajang dengan menukar alamat MyKad ke mana-mana lokasi di Selangor, tetapi beliau tidak dapat mengundi, itu kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Untuk membuang undi pada pilihan raya kecil, Anwar perlu memohon kepada suruhanjaya untuk menukar alamat mengundi beliau, yang mana proses tersebut hanya boleh selesai pada Mei, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar bawah).
Katanya, walaupun proses untuk mengemaskini alamat MyKad seseorang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh dilakukan dalam masa beberapa hari, pertukaran alamat mengundi seseorang memerlukan lebih banyak masa kerana ia hanya dilakukan pada setiap suku tahun. Anwar tidak akan dapat membuang undi dalam pilihan raya kecil itu walaupun beliau memohon hari ini untuk menukar alamat mengundi di Kajang, daftar pemilih pada masa ini bagi suku pertama tahun ini hanya akan dikemaskini pada Mei, kata Abdul Aziz.
Difahamkan bahawa Ahli parlimen Permatang Pauh berusia 66 tahun itu telah memohon untuk menukar alamat MyKad kepada sebuah rumah di Country Heights, Kajang, yang dimiliki oleh saudaranya. Jurucakap JPN enggan mengesahkan perubahan alamat kediaman Anwar. Sumber berkata pemimpin pembangkang, yang dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, itu membuat permohonan untuk menukar alamat di JPN pada Isnin, hari yang sama Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan.
Menurut Perkara 53 perlembagaan negeri Selangor, mana-mana pemastautin Selangor yang berusia 21 tahun atau lebih layak untuk bertanding sebagai anggota Dewan Undangan Negeri dengan syarat dia tidak hilang kelayakannya mengikut peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang lain. Abdul Aziz berkata mereka yang bertanding kerusi Parlimen tidak perlu berada di kawasan pilihan raya dan hanya perlu mempunyai suatu alamat di dalam negara ini. Pencadang dan penyokong untuk kedua-dua calon kerusi Parlimen dan negeri bagaimanapun mestilah pengundi di dalam kawasan di mana calon mendaftar untuk bertanding.

Hahahaha...satu lagi episod yang menjurus kepada kemarahan Anwar dan beliau akan menuduh dan menunding jari bahawa itu semua salah BN dan SPR.  Meroyan lagi si gila pangkat ni. Grantee punya. Kalau tak percaya tunggguuuuuu!. Wasallam
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...