Tuesday, January 7, 2014

GOLLLLLLL KE- 400 BUAT RONALDO. HEBAT..HEBAT!!

SELASA, 07 JANUARI 2014

SUKAN


 Ronaldo mencatat gol ke- 400 ketika aksi La Liga bertemu Celta Vigo, awal pagi Selasa

PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mencatat jaringan ke-400 dalam 652 perlawanan (keseluruhan) ketika aksi menang 3-0 ke atas Celta Vigo dalam saingan La Liga, Selasa. Bekas bintang Manchester United ini meledak gol pada minit ke-82 dan 90 permainan. Ronaldo mencatat 29 gol musim ini dalam 22 perlawanan, selepas merekod 69 gol keseluruhan 2013. Pemain berusia 28 tahun ini antara menjadi pilihan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA pada anugerah Ballon d'Or Gala di Zurich minggu depan.


Katanya, beliau akan hadir pada majlis pengenalan anugerah itu. Masanya makin dekat dan beliau tidak mahu memberi apa-apa komen. Apa yang beliau boleh katakan, beliau akan hadir pada gala tersebut. Sambung Ronaldo lagi,  tidak pasti sama ada adil atau tidak beliau, Ribery atau Messi menang anugerah itu. Cuma katanya, beliau menjalankan tugas seperti biasa dan membantu Real Madrid dengan menjaringkan gol dalam prestasi terbaik. Jika beliau menang, ia sesuatu yang bagus, dan jika sebaliknya, beliau akan teruskan apa yang dilakukan sekarang.
Sebelum ini Ronaldo mencatat jaringan ke-100 kariernya ketika berada di Manchester United 2008. Jaringan ke-200 pula ketika Real Madrid menang 2-0 ke atas Valencia pada 2010. Catatan gol ke-300 Ronaldo ketika menang 1-2 ke atas Granada 2012. Syabas Ronaldo. IBM doakan agar Ronaldo memenangi anugerah pemain terbaik dunia FIFA bagi tahun 2013. Kita tunggu nanti.
Sekian dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...