Thursday, January 2, 2014

APA JADAHNYA MUFTI PERAK NAK MINTA MAAF PADA MAHASEWEL ISLAM NI??

KHAMIS, 02 JANUARI 2014

DEMONSTARSI JALANAN TAJAAN OLEH PAKATAN HARAM

SEBELUM IBM  menulis artikel ini, IBM sempat merujuk kepada seorang 'ulama' yang tersohor juga akan kenyataan Mufti Perak yang menyindir dan menyatakan  para peserta perhimpunan ambang Tahun Baru sebagai 'bughah' atau pemberontak. Dan darah mereka halal di tumpahkan. Ini yang membuat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)  naik berang dan marah seterusnya mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) memohon maaf kepada rakyat di atas kenyataan yang mana mereka anggapkan keterlaluan. Tapi, sebenar-benarnya kenyataan tersebut ada kebenaranya. 
Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian berkata, Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata, Kerajaan juga harus di persalahkan. Tan Sri Harussani sebelum ini berkata peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori pemberontak. Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan 'bughuh', katanya lagi. Seterusnya, Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS, dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin, yang disifatkannya cuba berlagak alim tetpi tidak memahami al-Quran.
Seterusnya, Tan Sri Harussani dilaporkan berkata bahawa adalah haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu. Bagaimana pun, Bukhairy menyatakan tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang, bukannya untuk mengulingkan kerajaan. Adakah Mufti Perak itu tidak nampak perkara ini, tanyanya. Adakah itu Zalim? Disamping itu, Bukhairy mempersoalkan pendirian Mufti itu tentang konsert di Dataran Merdeka yang kos perbelanjaan mencecah sebanyak RM15 juta. Adakah Mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru? katanya.
Bagi IBM, soalan tersebut adalah soalan yang bodoh dari Bukhairy. Siapa dia yang ingin mempertikaikan hal tersebut?…Kenapa di tahun-tahun yang lepas, pembangkang, termasuklah si Bukhairy tidak mempersoalkan akan hal ini. Oleh itu, IBM berpendapat, Mufti Perak itu, tak perlu menjawab soalan bodoh dari pencacai pembangkang haram itu. Sekarang ini, isunya, adakah Mufti Perak ini akan memohon maaf kepada Mahasewel Islam tersebut di atas kenyataannya yang bernas dan tepat itu. IBM harap tidak. Jangan tunduk kepada kehendak mereka. biarkan mereka melalak seperti 'anjing menyalak bukit'…..bukit tidak runtuh, sebaliknya mereka yang jahanam.
Sekian dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...