Saturday, January 11, 2014

BERSIH 4.0 : "WE ARE READY" KATA PEMBANGKANG !!

SABTU, 11 JANUARI 2014
PEMBANGKANG AKAN ANJURKAN BERSIH 4.0 UNTUK BERI TEKANAN PADA KERAJAAN!!

BERSIH 4.0 akan datang tak lama lagi. Itu sumber yang IBM dapat. "we are ready", kata mereka, pencacai-pencacai dan pendemo haram yang ditaja oleh Pakatan haram. Oleh kerana mereka menganggapkan bahawa Bersih 1, 2, dan 3 berjaya dan mencapai matlamat yang kehendaki, kini, mereka begitu lantang dan berani menyuarakan untuk mengadakan bersih 4.0 pula. Nampaknya mereka ni tak serik-serik untuk mengulangi perkara yang sama. Mereka-mereka ini tidak lagi menghormati undang-undang negara, rintihan peniaga-peniaga dan rintihan rakyat mereka tidak hiraukan lagi sekiranya demonstrasi haram itu di teruskan. Pengalaman yang lampau, membuat mereka (rakyat) yang tidak berdosa takut dan merasa tidak selamat.

Alasan mereka ialah kerana kos hidup yang tinggi kerana kenaikan tarif elektrik dan bahan api serta kenaikan tol yang dijangka akan berlaku akan memberikan pembangkang peluang untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan, itu kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming (Gambar). Pembangkang dijangka menganjurkan demonstrasi terhadap kenaikan harga dan perhimpunan yang dijadualkan pada 1 Mei oleh Pakatan Rakyat menjadi isyarat lebih banyak perkara akan dilakukan pada masa akan datang, kata wakil DAP itu yang menyifatkan 2014 sebagai 'tahun politik- mencabar'. Ahli Parlimen penggal pertama ini berkata Barisan Nasional (BN) dan Pakatan akan terus menjadi musuh dengan meletakkan kepentingan yang tinggi menjelang pilihan raya umum ke-14. 
IBM nak beri tahu kata sini, antara sebab mengapa pembangkang begitu berani untuk mengadakan demonstrasi bersih 4.0 kali kerana mereka-mereka yang ditangkap dan di dakwa atas kesalahan berdemo secara haram bagi tujuan menghuru-harakan negara kita dibebaskan oleh Mahkamah. tiada kes dan bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka. Maka, lepas dan bebaslah ketua dan balaci-balaci, balik rumah dengan tersenyum. Buktinya seperti keratan akhbar di bawah ini (itu sebab depa naik tocang) :
Keratan dari antarapos. KLIK disini untuk cerita lanjut
Mengikut mereka lagi, keseimbangan kuasa yang hampir berlaku dalam PRU-13 bermakna Pakatan mempunyai lebih kuasa untuk mencabar BN dengan lebih ramai wakil di Parlimen berbanding pilihan raya sebelum ini, katanya. Salah satu perkara besar dan menjadi perhatian pihak pembangkang adalah persempadanan semula yang memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen - jika jumlah kerusi dinaikkan, kata Ong. Pakatan yang mempunyai suara dalam perkara itu, dilihat akan lebih banyak memperjuangkan isu ini di peringkat negeri dan nasional, katanya.
Apapun, untuk pengetahuan pembangkang, wai'ma apa sekali pun, kerajaan dan pihak yang berwajib juga telah bersedia bagi menghadapi ancaman bersih 4.0 ini dengan apa cara sekali pun. Kepada rakyat di luar sana tu, fikir masak-masak dan jangan terlibat dengan perhimpunan haram bersih 4.0 ini kerana ianya tidak mendatangkan apa -apa faedah. Penat badan, kecewa ada le. Kerana perjuangan yang mereka buat itu, sia-sia dan membuang masa. Korang juga yang dapat susah.

Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...