Sebuah kedai Cina di Puchong menaikkan harga minuman pada hari pertama Tahun Baharu. Jadi Siapa yang nak di salahkan??
Menurut kata Pakar ekonomi, rakyat Malaysia masih mampu untuk mengawal perbelanjaan dan berbelanja dengan berhemah meskipun akan melalui tempoh tiga tahun yang sukar. Ketua Pakar Ekonomi dari sebuah Bank berkata, pengguna perlu menyelaraskan corak perbelanjaan mereka dengan hanya membeli barang-barang keperluan dan mengetepikan keinginan untuk berbelanja mengikut nafsu. Katanya lagi, dalam tempoh tiga tahun akan datang menyaksikan peningkatan harga berikutan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan dan rasionalisasi subsidi yang sedang dilakukan sekarang.
Adalah amat jelas bahawa beberapa perubahan dalam corak perbelanjaan pengguna telah berlaku. Belanjawan bulanan adalah amat penting dan perlu mengambil kira bebanan hutang, perbelanjaan tetap dan juga untuk simpanan luar jangka, katanya. Beliau menganggarkan bagi sebuah keluarga (4 orang) yang tinggal di Kuala Lumpur, julat pendapatan isi rumah adalah antara RM7,000 hingga RM10,000, termasuk bahagian yang diperuntukkan untuk simpanan. Seterusnya, mengikut kata pakar itu lagi, anggaran ini mengambil kira kedua-dua ibu bapa bekerja dan mempunyai dua kereta, hutang pinjaman perumahan dan bayaran pusat jagaan anak-anak merupakan perbelanjaan utama.
Maka, kos sara hidup akan terus meningkat kerana kos mengendalikan perniagaan juga akan naik sehingga memberi kesan kepada pengguna. Jesteru, para pengguna perlu lebih bijak dan berhemah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu ini dan berharap peningkatan yang stabil dari segi pendapatan dalam beberapa tahun akan datang, jangan asyik menunding jari dan menyalahkan kerajaan semata-mata. Selain rasionalisasi subsidi baru-baru ini, sambung pakar itu lagi, perlaksaanan GST akan menyaksikan perniagaan tertentu menjadikan ia sebagai alasan untuk meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan.
Dan, berdasarkan pengalaman negara-negara lain, harga akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga tahun perlaksaaan GST. Oleh itu, perlaksanaan yang berkesan, pendidikan dan penguatkuasaan ketat harus dilakukan bermula sekarang sehingga 2017 untuk mengelakkan pencatutan. Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan kenaikan harga yang meluas dan tidak dapat dijustifikasikan. Percayalah. Maka, di sini, IBM ingin menasihatkan para pengguna untuk mengamalkan perbelanjaaan berhemah dan mengurangkan atau menangguhkan sebarang perbelanjaan yang tidak mengikut keutamaan. Tidak seperti pendemo-demo yang ingin mengulingkan kerajaan pada 31 Disember 2013 yang lalu yang kononnya inginkan dan mendesak kerajaan supaya 'menurun' harga barang-barang seperti, tol, gula, minyak dan banyak lagi.
Bagi IBM, itu semua tektik kotor mereka bagi tujuan menghuru-harakan negara. IBM cabar mereka-mereka ini, tolong buktikan, negara mana di dunia ini yang harga barangnya tidak naik? Buktikan. Jangan hanya pandai cakap saja dan merusuh tanpa sebab. IBM juga tahu, bahawa ini adalah anasir jahat yang terancang oleh beberapa badan NGO yang di taja oleh parti politik pembangkang yang ingin memalukan kerajaan yang sedia ada ini. Mereka tahu, itu semua adalah sukar untuk di bendung. Seluruh dunia merasanya. Untuk permulaan ini, eloklah kita berjimat-jimat cermat dan berbelanjalah dengan cara yang berhemah.
Insyallah, kerajaan sedang memikirkan yang terbaik bagi mengatasi masalah harga barang naik ini bagi membantu rakyat yang benar-benar terkena tempiasnya. Harap bersabar. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
kegunaan gula sebulan keluarga saya 3kg,gula naik 34 sen/kg.untuk gula saya kena bayar lebih 102 sen.
ReplyDeleteikut senarai minuman di atas harga termurah ialah teh o dan kopi o 140 sen.jadi kenaikan harga gula tidak boleh membeli secawan teh o atau lopi o untuk diri saya.