Friday, January 3, 2014

KEADAAN SCHUMACHER TIDAK BERUBAH..

03, JUMAAT, JANUARI 2014

SUKAN
Schumacher masih stabil tetapi kritikal

Negara kita ada lahirkan jaguh sukan formula (F1) - Alex Yong - tak menjadi

SUKAN…SUKAN…SUKAN…SUKAN…SUKAN…SUKAN….

LEGENDA Formula Satu (F1), Michael Schumacher masih berada dalam keadaan stabil selepas malam ketiganya di Hospital Universiti Grenoble, Perancis. Pengurus Schumacher, Sabine Kehm berkata, keadaan Schumacher tidak berubah iaitu masih stabil tetapi kritikal. "Berita gembira adalah apabila pakar bedah mengakui otak Schumacher menunjukkan sedikit perkembangan positif selepas pembedahan kedua pada Selasa lalu," katanya.

Juara dunia F1 tujuh kali itu diterbangkan ke hopital tersebut pada Ahad lalu selepas terlibat kemalangan ketika bermain ski di sebuah pusat peranginan di pergunungan Alps, Perancis. Pelumba kelahiran Jerman itu sudah menjalani dua pembedahan sejak kemalangan tersebut dan pembedahan kedua, iaitu untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya yang dilakukan pada Selasa, berjalan dengan selamat. Sama-sama kita doakan agar legenda formula dunia F1 itu supaya cepat sembuh. ~ IBM
p/s ~ Bilalah agaknya negara kita boleh melahirkan jaguh/pelumba formula satu (F1) sekali mengharumkan nama negara kita Malaysia?
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...