Saturday, April 30, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

30 APRIL



Asssalamuaikum semua para pembaca yang budiman.

Selamat beristerihat bersama-sama dengan ahli keluaraga yang tersayang. Sambil itu jom baca apakah yang berlaku pada hari ini :

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA DITUBUHKAN
Tarikh Peristiwa : 30-04-1953
Pada hari ini dalam tahun 1953, Persatuan Sejarah Malaysia yang nama asalnya Persatuan Sejarah Malaya telah ditubuhkan. Penubuhan Persatuan ini adalah hasil cetusan idea Datuk E.E.C. Thuraisingam, Ahli Pendidikan (setaraf Menteri Pendidikan kini). Majlis penubuhan persatuan ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer dan diadakan dalam suasana gilang-gemilang dengan disaksikan oleh Sultan Pahang, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Tengku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Perak, wakil Raja Perlis dan pembesar-pembesar tempatan. Serentak dengan penubuhannya, Majlis Persatuan Sejarah Malaysia juga ditubuhkan yang terdiri daripada Yang Dipertua, Dato’ Mahmud bin Mat; Naib Yang Dipertua, Datuk E.E.C. Thuraisingam, Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Sir Cheng Lok Tan; Ahli Majlis, M.C. Sheppard, Mustapha Al-Bakri, L. Whitfield, H.H. Beamish, Dato’ F.W. Douglas, Haji Zainal Abidin Ahmad, Ng Seo Buck, Rev. Yeh Hua Fen, G. Hawkins, K. Ramanathan, S. Thuraisingam, J.C. Bottoms dan Mohd Mohideen. Setiausaha Kehormat adalah J.C. Loch, M.C.S. dan Bendahari Kehormat adalah Yong Pun How. Antara tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menimbulkan minat yang lebih luas terhadap sejarah, kebudayaan dan adat resam penduduk Malaysia dan wilayah-wilayah jirannya.
SELAMAT MEMBACA. MAAF HARI INI KURANG SIHAT SIKIT. IKHLAS DARI :IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Friday, April 29, 2011

Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Amirulrasyid

Laporan Polis dibuat desak PM dan Polis meminta maaf diatas kematian Amirulrasyid

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.
CERITA HANGAT INI SUDAH MENYANGKAU USIA SATU TAHUN. TAPI BAGI KELUARGA SI MANGSA, MASIH LAGI TERASA DAN SEOLAH-OLAH BARU SEMALAM BERLAKU.........

Kronologi detik-detik kejadian Aminulrasyid Amzah terbunuh dalam tembakan anggota pihak polis pada 26 April 2010. Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid
KUALA LUMPUR, 29 April — Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.”

Bercakap kepada The Malaysian Insider, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad mengakui dia masih lagi teringat dan terbayang sikap manja anak bongsunya itu.

“Rutin harian saya sama seperti dulu tapi arwah (Aminulrasyid) tetap masih dalam ingatan saya... nak pejamkan mata saya teringatkan dia, nak buat kerja pun saya teringatkan dia, walau sesaat pun saya sentiasa teringat akan dia... apa yang dia buat saya masih lagi terbayang, saya tidak boleh lupa langsung.

“Arwah tidak sakit tapi tiba-tiba sahaja dia tiada, kalau saya keluar rumah dan terpandang tempat kejadian, hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan saya, saya tidak tahu macam mana nak gambarkan kesedihan yang saya alami ini... kesedihan yang saya dan keluarga tanggung selama setahun ini,” katanya. [KLIK SINI] untuk cerita selanjutnya..........DAN EKORAN DARI ITU KELUARGA AMIRUL TUNTUT NAJIB TUNAI JANJI. [klik disini]......DAN BACA.

MARI KITA RAMAI-RAMAI SEDEKAHKAN ALFATIHAH KEPADA ARWAH AMIRULRASYID. SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH. AMIN !. IKHLAS DARI IBM


Hari Ini Dalam Sejarah

29 APRIL


TOK JANGGUT


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
MENGIMBAU KEMBALI AKAN PERJUANGAN SEORANG PAHLAWAN MELAYU YANG DIGELAR 'TOK JANGGUT'

PENENTANGAN TOK JANGGUT TERHADAP SISTEM PENTADBIRAN BRITISH DI KELANTAN ATAU DIKENALI DENGAN `PERANG TOK JANGGUT'
Tarikh Peristiwa : 29-04-1915

Pada hari ini 29.4.1915 telah bermulanya detik awal penentangan yang dikenali `Perang Tok Janggut' untuk menentang sistem pentadbiran British di Kelantan. Ianya mula tercetus apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan iaitu seorang anggota Polis British, yang mana telah berakhir dengan kematian Sarjan Che' Wan. Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan mengepalai penentangan penduduk tempatan di daerah Pasir Putih membantah Pentadbiran British yang menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan pada masa itu. Campur tangan British di negeri Kelantan menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran seperti memperkenalkan sistem pentadbiran cukai baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat setempat dan melantik pegawai-pegawai menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional. Tok Janggut dan penduduk di situ menentang British dengan dibantu oleh Pasukan Polis yang kebanyakan datang dari Singapura, berlanjutan sehingga Jun 1915. Akhirnya Tok Janggut dan beberapa pengikutnya telah berjaya dibunuh oleh Pihak British yang mempunyai angkatan tentera yang ramai dan peralatan-peralatan senjata moden. Sesungguhnya dengan berlakunya `Perang Tok Janggut' telah meningkatkan lagi semangat keperwiraan Orang-orang Melayu Kelantan yang mempunyai semangat juang yang jitu, untuk terus berjuang menentang pihak penjajah British yang semakin kuat bertapak di Kelantan dan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Melayu.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKKIB NEGARA]



Thursday, April 28, 2011

Sah ! Khalid gagap anti ISA

"Kii..ki..ta per..per..rabihkan du..du..it rak...yat, demi un...tuk man..man..suhkan ISA" - Khalid

MENGHABISKAN DUIT KERAJAAN NEGERI (DUIT RAKYAT) RM600,000 BAGI TUJUAN KEMPEN MANSUHKAN ISA

Sanggup menghabiskan RM600,000 duit Kerajaan Negeri semata-mata untuk memasang sebanyak 56 papan iklan kempen selamatkan Malaysia, mansuhkan ISA di seluruh negeri. Itu yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid atau nama glamornya 'Khalid Gagap'. Memang gagap pun.

Menurut si Khalid gagap, papan iklan Selamatkan Malaysia : Mansuhkan ISA itu akan dipasang di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan.

Sumber terdekat mengatakan, kos pemasangan papan iklan itu menggunakan peruntukan Dana Akaun Amanah Penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar, si Khalid gagap. Untuk menunjukan ketelusan Kerajaan Negeri, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan itu akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.

Baik sungguh hati si Khalid gagap ni ye. Untunglah sang buaya (Kontraktor) yang bergayut di sekeliling Khalid, terutamanya kontraktor DAPigs. Menunggu dan menunggu untuk menghabiskan duit rakyat. Kononnya pemasangan papan iklan itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu melaksanakan 'TRANSFORMASI' menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara. PODAHH..!!!

Jelas, segala apa yang dirancangkan oleh si Khalid gagap ni adalah berdasarkan arahan dari DAPigs yang mana mengunakan si Khalid sebagai kuda tunganggan seperti mereka memperkudakan PAS, Parti Agama Sesat. Jelas, memang jelas.

OLEH ITU, SUDAH SEHARUSNYA PAKATAN RAKYAT (PR) INI DI TENDANG DARI NEGERI SELANGOR INI, TERUTAMANYA SI KHALID GAGAP INI DI PRU KE - 13 NANTI. SELEPAS ISU 'ISA' INI, APA LAGI ISU YANG MEREKA NAK BAWA DAN MENGHERET RAKYAT KE KANCAH POLITIK KOTOR MEREKA. KEPADA RAKYAT SELANGOR, FIKIR-FIKIRKANLAH. MEMANG RUNCING NASIB ORANG-ORANG MELAYU DI SELANGOR INI SEKIRANNYA PAKATAN RAKYAT (PR) MASIH MEMERINTAH. JOM UBAH..!!! IKHLAS DARI : IBM


Hari Ini Dalam Sejarah

28 APRIL


Gambar Getah Keping

ASSALAMUALAIKUM RAKAN-RAKAN YANG DIHORMATI.

JOM BACA APA YANG BERLAKU PADA HARI INI :

PERASMIAN PUSAT PAMERAN BARANGAN GETAH ANTARABANGSA MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 28-04-1997

Pada hari ini dalam tahun 1997, Perdana Menteri, Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Sungai Buloh, Selangor. Tujuan utama Pusat Pameran ini didirikan adalah bagi menambahkan lagi kemudahan sokongan yang ada bagi menggalakkan pertumbuhan industri pembuatan berasaskan getah; sebagai asas rujukan dan maklumat; sumber nasihat teknikal yang disokong dengan pakar-pakar penyelidik serta saluran penting untuk mendorong dan mempromosi industri berasaskan getah melalui kerjasama rapat dengan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak atau Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendenbury, England. Selain daripada itu, melalui Pusat Pameran ini barangan buatan Malaysia juga dapat dipromosikan kepada usahawan luar negara. Semasa berucap merasmikan Pusat Pameran ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), kerajaan bercadang untuk membangunkan sebuah ‘Rubber City’ di sebahagian RRIM. Ia dijangka akan dibangunkan secara penswastaan dan mengandungi ibu pejabat Lembaga Getah Malaysia dan makmal-makmalnya, Taman Industri Getah serta kawasan perumahan dan rekreasi. Penubuhan Pusat Pameran ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pembuatan barangan getah negara ke tahap yang lebih tinggi.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Wednesday, April 27, 2011

Bila Masa UMNO ajak DAP sertai BN ?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

HarakahDaily AKHBAR PENCETUS FITNAH MELAPORKAN :

KUALA LUMPUR : DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat,” kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

SEBENARNYA YANG PERASAN IALAH DAP. BODOHLAH BN KALAU MEMPELAWA ATAU MENERIMA KEMASUKAN DAP PARTI YANG MENGAMALKAN RASIS DAN ANTI ISLAM. WAHAI BN, FIKIR-FIKIRKAN SEBELUM BUAT PELAWAAN. JANGAN TERPERANGKAP DENGAN DAKWAH DAP YANG PERJUANGANNYA MIRIP PAP DARI SINGAPURA. IKHLAS DARI : IBM

Champion League preview : Real Madrid v Barcelona

TROPI YANG MENJADI IDAMAN SETIAP PASUKAN KELAB EROPAH

Siapa lebih handal, Ronaldo atau Messi ?

Separuh akhir pusingan pertama di Santiago Bernabeu, Real Madrid

SALAM UNTUK SEMUA PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK.
JOM, SEMBANG-SEMBANG BOLA :

Real Madrid host Barcelona on Wednesday in their Champions League semi-final first-leg match, buoyed by improving fortunes against the Catalans.

After suffering a 5-0 thrashing at the Nou Camp in their first La Liga meeting of 2010-11 last November, Real held Pep Guardiola's side to a 1-1 draw at home on April 16 - although they needed a penalty from Cristiano Ronaldo eight minutes from the end to salvage a point.

Last Wednesday, Jose Mourinho's men claimed their first Copa del Rey since 2004 when Ronaldo's extra-time winner lifted them to a 1-0 win over Barca in the season's third El Clasico encounter.

Now, with Barca easily accounting for Ukrainian champions Shakhtar Donetsk and Real eliminating Spurs in their respective Champions League quarter-finals, the two giants of Spanish football will prepare for meetings four and five in the space of the next week.

Despite a 2-0 win over La Liga relegation battlers Osasuna on Saturday, Guardiola looks like the manager with most of the problems heading into Wednesday's first leg at the Bernabeu, especially at the back.

Versatile Brazilian defender Adriano will miss out with a hamstring injury, while Eric Abidal is still recovering from surgery to remove a tumour from his liver.

In the centre of defence, Carlos Puyol and Gabriel Milito are both under fitness clouds.

Meanwhile, Mourinho's squad - who mauled third-placed Valencia 6-3 away from home on Saturday - seems to be hitting their best form at the right end of the season.

Although they will be without injured Germany midfielder Sami Khedira, Brazilian playmaker Kaka and Argentina striker Gonzalo Higuain look to be back on song after missing large chunks of the season through injury.

Higuain scored a hat-trick while Kaka bagged a brace in the Valencia game to give Mourinho plenty of options in attack, with winger Angel Di Maria and striker Emmanuel Adebayor both missing the match through injury.

JANGAN LUPA MENONTON SECARA LANGSUNG PAGI ESOK JAM 2:45 PAGI DI SALURAN ESPN, ASTRO. SELAMAT MENONTON. SAYA SOKONG BARCELONA, ANDA BAGAIMANA ? - MAJULAH BOLASEPAK TANAH AIR, MALAYSIA BOLEH. IKHLAS DARI : IBM

UPDATE : KEPUTUSAN TERKINI : REAL MADRID 0 BARCELONA 2. Tahniah Messi yang menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Barcelona. Sebelah Kaki sudah selangkah ke Final.


'Pak Lawak' Bob Lokman puas bersama Pas??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJEHTERA.

Setelah menyertai PAS, Bob merasakan dia telah menjumpai dan petunjuk 'Jalan ke syurga'. Segala dosa-dosa lamanya telah terampun. Maka dengan sebab itu Bob merasakan dia amat berpuas hati dan berpolitik dengan mengunakan lambang "PAS" seolah-olah memberi satu kepuasan kepada beliau.

Kepuasan yang dimaksudkan adalah hasil perjuangan sebagi ahli politik tidak dapat diukur dengan ganjaran material. Bob berkata, politik dan seni mempunyai persamaan kerana kedua-keduanya ada persamaan kerana kedua-keduanya ada matlamat perjuangan tertentu.

Dia tidak kisah dengan cemuhan segelintir pihak terhadap keputusannya menyertai Pas dan langsung tidak memberi sebarang kesan terhadapnya. Biarlah mereka kata dia 'Pak Lawak' dalam Pas.

PERSOLANNYA, ADAKAH BOB BENAR-BENAR MENDAPAT MENAFAAT ATAU DIA MERASA MALU UNTUK BALIK KEPANGKAL JALAN KERANA RAMAI PEMINAT-PEMINATNYA MENGATAKAN BAHAWA BOB TELAH MASUK PERANGKAP PAS. MASIH ADA JALAN KELUAR BAGI MU BOB, MASIH BELUM TERLAMBAT. SUARA MU YANG MENGATAKAN KAU PUAS BERSAMA PAS ADALAH BOHONG SEMATA-MATA. FIKIR-FIKIRKANLAH BOB. IKHLAS DARI : IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

27 APRIL

LOGO TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
MOGA CERIA DI HARI INI DISAMPING MENJALANKAN TUGASAN HARIAN YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA, DAN BERSYUKUR KERANA KITA MASIH BERNAFAS DI ATAS DUNIA YANG SERBA CANGGIH INI, KERANA ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA. JESTERU DENGAN ITU, JANGAN LUPA AKAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG MENARIK DI DALAM SEGMEN 'HARI INI DALAM SEJARAH.' MOH BACA........

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DITUBUHKAN
Tarikh Peristiwa : 27-04-1934

Pada hari ini dalam tahun 1934, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ditubuhkan dengan rasminya apabila orang-orang Melayu tempatan diambil untuk menganggotai tentera laut simpanan yang diasaskan oleh kerajaan British. Keadaan keselamatan di Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat telah memaksa kerajaan British menubuhkan Pasukan Tentera Laut yang pada ketika itu dinamakan The Straits Settlements Royal Navy Volunteer Reserves (SSRNVR) dan ditempatkan di ibu pejabat Singapore Volunteer Corps. Pada tahun 1939 unit ini ditukar kepada The Malayan Royal Navy Volunteer Reserves (MRNVR). Pada 24 Disember 1948 Ordinan Pasukan Tentera Laut Malaya 1948 diluluskan oleh Majlis Perundangan Singapura, diikuti dengan Warta Peraturan Pasukan Tentera Laut Malaya 1949 pada 4 Mac 1949. Pasukan Tentera Laut Malaya atau Malayan Naval Force (MNF) yang diperintah oleh Captain H.E.H Nicholls telah mendapat kapal latihan, HMS TEST daripada kerajaan British. Pasukan Malayan Naval Force telah dianugerahkan taraf diraja oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1952 dan perubahan nama kepada Royal Malayan Navy selesai pada 29 Ogos 1952 dengan tersiarnya Singapore Government Gazette (Change of Name) dan bendera putih melambangkan Tentera Laut Diraja Malaysia telah dikibarkan buat pertama kali menggantikan bendera biru Tentera Laut Diraja British. Pada 12 Mac 1966 pula DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Panji-Panji Diraja.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Mengenali wajah sebenar Kit Siang...pemimpin rasis DAPig


ASSALAMUALAIKUM PEMBACA YANG DIHORMATI.
PERCAYA TAK KALAU SAYA KATAKAN DAP MEMANG RASIS.

Pengundi Setia Sungai Rapat Ada Butirannya :


Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih teruja meraikan kejayaan besar parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak. Seperti yang dijangka percaturan DAP mempergunakan Pas dan PKR membuahkan hasil.

Rasanya keyakinan Kit Siang melonjak dengan misi DAP akan mencapai kemuncaknya pada pilihan raya umum akan datang. Semuanya kerana formula beliau memainkan sentimen perkauman melampau telah memikat pengundi Cina di Sarawak

Ketika Perdana Menteri, Najib Tun Razak komited menyatukan pelbagai kaum, Kit Siang membakar sentimen kaumnya. Pendekatan DAP menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan dan menafikan orang Melayu, amat berbahaya.

Seingat kita, DAP tidak pernah bersuara membela nasib orang Melayu yang miskin terutama di luar bandar. Perhatian kepada kaum India juga sekadar di bibir.


Kesian rakyat Pulau Pinang. Semangkin hampir jadi pengemis di negeri sendiri

Sebab itu, kita menganggap DAP adalah parti paling rasis. Berselindung di sebalik slogan demokrasi dan kesamarataan untuk semua kaum tetapi agenda utama parti itu hanya untuk kaum Cina. Pemimpin dan ahli kaum lain seperti India dan Melayu, hanya menjadi tukang seri.

Pada hari ini, ramai melihat DAP adalah parti milik Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Kita masih ingat cakap-cakap sebelum ini bahawa Kit Siang seorang diktator dalam parti.

Beliau tidak boleh ditegur. Beberapa pemimpin DAP yang berkualiti terkeluar daripada arus perdana parti itu sejak lebih tiga dekad lalu hanya kerana mengkritik kepimpinan Kit Siang.

Dari segi strategi, kita tahu sangat muslihat beliau. Orang Melayu yang pendek akal sahaja akan termakan umpannya. Kita juga tidak gundah atas apa sahaja dakwaan, tuduhan apatah lagi provokasi beliau. Kit Siang sendiri adalah politikus yang tidak sebersih mana.

Khabarnya, ada kisah tertentu tentang beliau yang mula jadi bahan bualan. Partinya juga banyak kepincangan dan keburukan. Terbaru, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin dan aktivis parti itu bagi mengaut banyak projek. Kerja-kerja yang sepatutnya milik kontraktor bumiputera kelas F juga disapu.

Itu yang kebetulan terdedah dalam siasatan suruhanjaya. Tidak mengejutkan jika lebih banyak berlaku salah guna kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau DAP memerintah lebih lama di negeri-negeri itu, bukan sahaja kaum lain akan ditindas seperti berlaku di Pulau Pinang malah rasuah menjadi parah.

Padanlah Kit Siang selama ini bermati-matian mengalihkan isu kepada kematian Beng Hock bagi menutup pokok persoalan iaitu siasatan SPRM terhadap rasuah dan salah guna kuasa parti DAP. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?

Persoalannya lagi di mana integriti DAP dalam melawan rasuah yang sepatutnya menjadi contoh dan kalau benar kononnya parti itu mencerminkan pemikiran kaum Cina?

Apa pun, Kit Siang harus memikul tanggungjawab jika sesuatu yang buruk melanda negara akibat daripada sentimen perkauman dahsyat yang beliau corakkan.

KESIMPULANNYA, MEMANG DAP RASIS, INI DIAKUI SENDIRI OLEH RAKAN KOMPONEN BARISAN NASIONAL , MCA. SAYA DENGAR SENDIRI DARI MULUT PEMIMPIN-PEMIMPIN MCA YANG RAPAT DENGAN SAYA. IKHLAS DARI SAYA : IBM


Tuesday, April 26, 2011

PAS memang parti yang tidak bermaruah

Kemesraan yang tidaklah begitu mesra, hanya lakunan saja.

Megah, kononnya mereka akan tawan Putra Jaya, bila ?

Apa Orang Kata, PAS Dan DAP Bertaut Juga.

ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN

Tulisan dibawah ini adalah tulisan Sdr Subky Latif, bekas Ketua Penerangan Pas pusat yang di siarkan oleh HarakahDaily. Tujuan saya letak di sini bagi membolehkan tulisan ini disebarkan semaksimum mungkin bagi supaya lebih ramai orang dapat membacanya, terutamanya masyarakat Melayu amnya - IBM


Apa orang kata, PAS dan DAP bertaut juga
Subky Latif :

MACAM-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.

Tiada dihirau oleh PAS. Bertambah kerap gambar kelihatan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Lim Kit Siang. Dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu sangat gembira dengan hubungan yang ada kerana ia membuka ruang dakwah orang bukan Islam, malah beliau merasakan DAP sudah tidak sensitif lagi dengan pandangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jalinan yang ada itu mulanya justeru politik yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bolehlah dikatakan peranan dan kebijaksanaan Anwarlah yang merapatkan kedua parti itu boleh berada di bawah satu bumbung.

Dikenang kejadian lampau, seolah-olah tiada lorong bagi kedua parti pembangkang itu untuk bekerjasama malah untuk berdekat-dekat.

Pernah bertempur PAS pusat dengan Dewan Pemuda PAS pusatnya atas isu kemungkinan kerjasama PAS dan DAP. Di hujung kepimpinan Datuk Asri, pernah beliau menyebut kemungkinan kerjasama kedua parti itu apabila soalan itu ditanya wartawan.


Pemuda menolak sekalipun kenyataan Datuk Asri itu berlandas kepada teori kemungkinan. Bagi kumpulan popular PAS masa itu, teori kemungkinan tidak terpakai dalam isu itu. Bahkan ia dikatakan suatu yang mustahil.

Malah DAP sendiri tidak boleh dilihat bersua dan bertemu PAS. Akan payah ia menghadapi situasi apabila masyarakat Cina menempelaknya sudah bersekongkol dengan PAS.

Dalam majlis keramaian pemimpin DAP menjauhi pemimpn PAS dan pemimpin PAS mengelak dari berdekatan dengan DAP. Pemimpin kedua pihak hanya boleh berada dalam satu pentas forum di universiti saja.

Apabila Tengku Razaleilgh Hamzah yang memimpin S46 mengadakan hubungan dengan PAS dan DAP, Ku Li mengadakan pertemuan yang berasingan.

Hubungan yang seperti itu pun menyebabkan PAS dan DAP terpaksa memahamkan orang ramai bagi menjernihkan keadaan. Terpaksa PAS mengeluarkan kenyataan menyamakan keadaan itu seperti hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Singapura.

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Singapura ada hubungan itu dengan Israel. Tetapi ia tidak menghalang Malaysia meneruskan hubungan dengan Singapura.

DAP juga membuat penjelasan yang sama tetapi yang digunakan ialah hubungan Malaysia dengan Amerika. Boleh Malaysia mengadakan hubungan dengan Amerika sekalipun Amerika bersaudara dengan Israel.

Itulah situasai politik yang disusun oleh UMNO selama-lamanya. Tetapi ia sudah berubah. Kedua-duanya sudah bersama dan ziarah menziarahi. Adalah politik yang menimpa Anwar membuka medan baru bagi kedua PAS dan DAP.

Dengan hubungan yang ada, kalau ditakdirkan PKR tidak ada seperti yang diinginkan oleh UMNO, maka sudah boleh keduanya tidak menggunakan khidmat pihak ketiga.

Sekalipun yang terjadi pada Anwar itu satu musibah yang perit bagi Anwar dan ia satu tragedi kepada Malaysia, tetapi ia seperti memberi rahmat kepada PAS dan DAP. Jika Anwar tidak dibuang Dr. Majathir dari UMNO dan kerajaan, maka tidak diketahui apa yang memungkinkan PAS dan DAP berkawan seperti abang adik?

Apa yang ditunggu bagi mendekatkannya sedang gandingan antara DAP dan PAS itu adalah satu tuntutan yang penting bagi politik Malaysia untuk keluar dari kuasa politik satu parti?

Tidak tahu apa yang ada dalam otak Dr. Mahathir, dia membuang Anwar dari kumpulannya dan menyimpannya di Penjara Sungai Buluh. Apabila Anwar ditahan serta beberapa orang lagi penyokongnya, Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika yang berada di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar (kini datuk) memanggil saya.

Perintahnya supaya kami memanggil parti-parti politik dan individu yang terkemuka dalam masyarakat termasuk DAP. Datang Lim Kit Siang dalam satu perjumpaan di Markaz Taman Melewar. Perjumpaan itu membentuk GERAK bagi menyatakan tentangan terhadap tindakan ke atas Anwar.

Geraklah yang menggerakkan permulaan hubungan antara DAP dan PAS. Markaz Tarbiyah itulah yang memainkan peranan tempat pertemuan kedua pihak dan nasib malang Anwar yang menemukan mereka.

Tempoh berbulan madunya tidak lama. Probokasi Dr. Mahathir dan UMNO menyebabkan muafakat Barisan Alternatif PAS-DAP itu tidak lama. Tinggallah Barisan Alternatif dengan PAS, KeADILan dan PRM sedang Anwar terus terbelenggu di Sungai Buluh.

Setelah beberapa tahun mahkamah membebaskan Anwar. Apabila Anwar berada di luar penjara, dia memainkan peranan membawa semula DAP dan PAS dalam satu jalinan baru bersama KeADILan yang sudah menjadi PKR.

Kerjasama ketiganya memukul terus Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008 hingga BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, ia gagal menawan Kelantan dan ia merudum pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia juga kecewa di Wilayah Persekutuan.

Ia masih tiga parti tetapi tidak berlawan sama sendiri dalam pilihan raya. Lepas itu baru mereka membentuk parti kumpulan kedua yang dinamakan Pakatan Rakyat dan menjadikan Anwar sebagai ketua pembangkang pemimpin de fakto Pakatan itu.

Anwar cuba dibinasakan lagi sebagai usaha membinasakan Pakatan Rakyat. Peranan Anwar itu penting dan masih penting. Teori UMNO ialah jika Anwar binasa, PKR binasa dan Pakatan Rakyat juga binasa. Tetapi peranan Anwar itu sudah merapat kukuh muafakat PAS dan DAP.

Jika ditakdir Anwar dibinasakan, ia tidak lebih dari pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Kit Siang, Ustaz Hadi, Tok Guru Nik Aziz juga boleh pergi, tetapi PAS, DAP dan PKR sudah berada pada rel yang selesa- IBM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...