Monday, April 18, 2011

Dah lah kalah, tapi masih sombong, takbur. Macamana kalau depa menang??

"Kita tak kalah, kita menang" - Anwar

ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BUDIMAN.
SI AL-JUBURI INI MASIH TAK MENGAKU KALAH. MEROYAN SANA SINI.......

KUALA LUMPUR, 18 April Meskipun gagal mencapai keputusan yang disasarkan tetapi Pakatan Rakyat (PR) berjaya “menanam benih politik murni” supaya penduduk Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pilihan raya negeri ke-10 kelmarin, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperoleh 55 kerusi manakala PR 15 dan Bebas satu.

PR menggandakan kerusi dan undi popular yang diperoleh mereka kali ini berbanding lima tahun lalu.

“Pilihan raya negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan mustahil.

“Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan demokratik,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Ketua Umum PR itu menambah, hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, PR tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat BN.

Dalam kenyataan ringkasnya ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menenangkan pengikut dan penyokongnya bahawa keputusan kali ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh.

“Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ia terlaksana.

“Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya yg akan datang,” katanya Ketua Pembangkang ini.

PR bertanding dengan 47 calon PKR, DAP 15 dan PAS lima dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah Sarawak ini. Seramai 213 bertanding kali ini.

Anwar juga berkata sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tercalar kerana wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.

“Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih dari penipuan,” katanya.

Selain itu kata beliau, terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.

Kata Anwar, keengganan SPR untuk mengira semula undi bagi kerusi Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa SPR bertindak demi kepentingan BN.

“Calon PKR Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?’ katanya lagi.

Laporan media menyebut PKR bercadang memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan bagi kerusi Senadin.

Teo kalah tipis kepada Datuk Lee Kim Shin daripada BN.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi manakala Teo pula meraih 7,276 undi.


HEHEHEHEHE...DALAM FALASAFAH PERJUANGAN PEMBANGKANG, PAKATAN REPUT, DALAM KEKALAHAN ADA KEMENANGAN. MEREKA TIDAK PERNAH MENGAKU MEREKA KALAH. ADA SAJA ALASAN YANG MEREKA BERI. BN MENANG KERANA RASUAH LE, BN MENYALAH GUNAKAN JENTERA PILIHAN RAYA, SPR DOUBLE STANDARD LE, MACAM-MACAM TUDUHAN DI LAMPARKAN. BODOH, BANGANG, APALAGI PATUT KITA BERI GELARAN KEPADA PEMBANGKANG NI..? IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...