Thursday, April 14, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA

TERUSKAN MEMBACA SEJARAH TANAH AIR KITA YANG TERCINTA.

PENGUMUMAN PENGHAPUSAN KELAS PERALIHAN INGGERIS
Tarikh Peristiwa : 14-04.1971
Pada hari ini dalam tahun 1971, Datuk Muhamad Rahmat, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran telah mengumumkan penghapusan kelas peralihan Inggeris bermula pada tahun 1975. Pengumuman itu telah dibuat pada Persidangan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semanjung bertempat di Ipoh, Perak. Pembubaran ini dibuat selari dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah bantuan kerajaan. Kelas Peralihan Inggeris atau Remove Class ini telah diperkenalkan oleh pentadbir British di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan aliran Cina atau India bagi tujuan untuk mengajar bahasa Inggeris bagi tempoh satu atau dua tahun. Para pelajar perlu lulus daripada kelas peralihan ini serta boleh bertutur dalam bahasa Inggeris kerana ia menjadi syarat untuk mengikuti pelajaran di dalam Tingkatan satu bersama-sama pelajar dari sekolah pengantarnya bahasa Inggeris. Sesungguhnya, dengan penghapusan kelas peralihan Inggeris ini telah memenuhi cita-cita kerajaan memperkukuhkan lagi Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sistem persekolahan dan sekaligus menyemai semangat perpaduan bagi memenuhi wadah pengisian sebuah negara yang bebas merdeka.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...