Saturday, April 9, 2011

"Manifesto" PR ibarat kertas kosong - Kata rakyat Sarawak.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

BACA JANGAN TAK BACA. HARAKAH, PAKATAN RAKYAT MENIPU LAGI...............

KUCHING, 8 April: Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak yang dilancarkan hari ini sangat praktikal untuk dilaksanakan dan merangkumi keperluan semua kaum di negeri ini, kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, manifesto yang dirangka oleh Pakatan Rakyat Sarawak dengan persetujuan Pakatan Rakyat Pusat itu dihasilkan setelah mengambil kira semua masalah dan isu-isu rakyat di Sarawak dan negeri-negeri Pakatan yang lain.

"Saya yakin manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat Sarawak merupakan manifesto yang paling praktikal dan boleh dilaksanakan dan menangani isu-isu di negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Jadi sudah tentu sepuluh perkara yang dinyatakan dalam manifesto ini amat bertepatan sekali dengan masalah rakyat negeri Sarawak," kata beliau ketika ditemui selepas pelancaran manifesto berkenaan di pusat media PKR, dekat sini hari ini.

Terdahulu, manifesto berkenaan dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak juga berkata, kandungan manifesto berkenaan mampu memberikan satu perubahan kepada Sarawak dan rakyatnya.

"Saya yakin 10 perkara ini akan memberi kejutan dan transformasi yang besar di Sarawak tanpa ada elemen-elemen huru-hara. Ini yang nak kita pamerkan bahawa perubahan ini merupakan perubahan yang licin dan tidak melibatkan apa-apa perkara yang tidak diingini," katanya yang juga ahli parlimen Bukit Gantang.

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT TAK PRAKTIKAL, PENUH DENGAN PENIPUAN DAN JANJI-JANJI KOSONG. SUDAH SEMEMANGNYA PAKATAN RAKYAT INI ADALAH DIIBARATKAN "TIN KOSONG." IKHLAS DARI : IBM


2 comments:

  1. JIKA PAKATAN HARAM MENANG DI SARAWAK, ADAKAH MEREKA JUGA AKAN MEMBERI 999 TAHUN PAJAKAN TANAH KEPADA BUKAN BUMIPUTERA DI SARAWAK? MAKLUMLAH NIZAR MEROYAN TU KAN DAH PERGI KE SANA BERKEMPEN, MUNGKIN AKAN BERI PETUA KEPADA PAKATAN CAM MANA NAK AMBIL TANAH 999 TAHUN TU NANTI.

    ReplyDelete
  2. Antibarua : Salam bro. Rakyat Sarawak tidak akan terjebat dengn janji-janji kosong PR, kerana segala manifesto yang mereka janjikan di 4 negeri yg mereka perintah masih belum tertunai. Semuanya janji tinggal janji.
    Jangan sampai rakyat Sarawak sumpit mereka.....hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...